Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Lim Ze Hui memberitahu fenomena hujan batu dan ‘salji’ turun di Puncak Gunung Kinabalu adalah normal dan biasanya berlaku ketika Monsun Timur Laut.
Jelasnya lagi, diantara November hingga Januari, fenomena berkenaan boleh terjadi kerana ketika itu berlakunya Luruan Udara Sejuk dari Tanah Besar China atau Lautan Pasifik Barat.
“Normal, dan pernah berlaku. Tahun ini pernah turun salji, kalau tak salah tahun sebelum ini pun pernah berlaku,” katanya dalam satu siaran langsung di laman Facebook Siakap Keli TV.
Jelasnya, kejadian turunnya salji di puncak gunung Kinabalu bukanlah dalam kuantiti yang banyak tetapi ia adalah kejadian yang normal.
Ikuti siaran langsung bertajuk ”Perubahan Cuaca Ekstream” di laman facebook Siakap Keli TV dibawah.
https://www.facebook.com/siakapkelitv/videos/655214872450371
Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa orang pendaki Gunung Kinabalu berkongsi pengalaman ‘bertembung’ dengan fenomena salji ketika berada di puncak gunung berkenaan.
Berita berkenaan turut dikongsi oleh Siakap Keli sebelum ini.
Keadaan itu nyata mendatangkan keterujaan kepada rakyat Malaysia amnya, dan kepada para pendaki itu sendiri khususnya. Ini memandangkan fenomena salji adalah sesuatu yang asing bagi negara ini sekiranya kita mengambil kira Malaysia sebagai sebuah negara beriklim khatulistiwa.
Bagaimanapun, dengan penerangan yang dibuat oleh pakar di dalam siaran langsung di atas, ia diharap dapat meredakan situasi dan menjawab pertanyaan yang mungkin berlegar dalam fikiran kita semua.
Sumber: SKTV