Siakap Keli
Gambar: MetMalaysia

Gempa Bumi Kuat Gegar Taiwan Sebentar Tadi

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 pada skala Ritcher menggegar rantau Taiwan pada pukul 1:41 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di 23.4 darjah utara dan 121.7 darjah timur dengan kedalaman 64 kilometer.

Difahamkan, pusat gempa bumi itu berada di 118 kilometer timur dari wilayah Chiayi, Taiwan.

Bagaimanapun jelas MetMalaysia, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: MetMalaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'