Siakap Keli
pindahkan data
Gambar: MySejahtera/Bernama

Ini Cara Untuk Pindahkan Data MySejahtera Di Nombor Telefon Lama Ke Nombor Baharu

Aplikasi MySejahtera kini hadir dengan ciri terbaru yang membolehkan orang ramai untuk pindahkan data di nombor telefon lama ke nombor baharu.

Sebelum boleh menggunakannya, anda perlulah mengemas kini aplikasi itu terlebih dahulu.

Berikut merupakan cara mudah untuk pindahkan data MySejahtera ke nombor telefon baharu.

Seperti yang telah dinyatakan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengemas kini MySejahtera ke versi baharu di telefon baharu anda.

Seterusnya, anda perlu memastikan agar akaun anda di telefon baharu telah disahkan dan tunggu data MySejahtera anda dipaparkan.

Jika tidak dapat mengesahkan akaun seperti langkah di atas, ikuti langkah di bawah ini:

Pertama, klik “Bantuan” pada notifikasi yang dipapar di telefon baru anda dan seterusnya klik “Pilihan 1” berkenaan akaun MySejahtera anda di telefon lama.

Langkah ketiga adalah anda perlu menjawab semua soalan dan klik “Hantar’.

Akhir sekali, sahkan akaun anda di telefon baharu dan selepas itu data MySejahtera di telefon lama akan ada di telefon baharu.

Dengan adanya ciri terbaru ini, pengguna yang telah menukar telefon baharu tidak lagi perlu risau mengenai aplikasi tersebut.

Dalam pada itu, pihak MySejahtera sebelum ini memaklumkan bahawa orang ramai perlu mengesahkan maklumat identiti diri dan tarikh lahir terlebih dahulu sebelum mendapat tanda sah (verified).

Ciri itu juga hanya berfungsi selepas anda mengemas kini aplikasi tersebut ke versi terbaru (1.1.8) dan perlu klik “sahkan segera” jika belum mengesahkannya lagi.

“Bagi pengguna yang masih belum mendapat lencana verifikasi ini, sila klik butang verifikasi untuk mengesahkan maklumat diri anda,” kata MySejahtera.

Tanda sah pada akaun itu diwujudkan bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan ciri di aplikasi tersebut dengan sepenuhnya.

Anda mungkin tidak dapat melihat sijil vaksinasi jika belum mengesahkan akaun tersebut.

BACA: Ini Sebab Kenapa Anda Kena ‘Verified’ Akaun MySejahtera Segera

Imbas kembali, MySejahtera dibangunkan oleh kerajaan pada dua tahun lalu untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara.

Melaluinya, pengguna boleh melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Dalam masa yang sama, dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Sumber: MySejahtera

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.