Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kotak Hitam Pesawat China Eastern Airlines Terlibat Tragedi Malang Berjaya Ditemui

kotak hitam pesawat china eastern
Foto: SCMP

BEIJING – Salah satu kotak hitam milik pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu berjaya ditemukan hari ini.

Media Kerajaan China melaporkan kompenan penting itu ditemukan berada dalam keadaan rosak teruk. Bagaimanapun mereka tidak dapat mengenal pasti sama ada ianya merupakan bahagian perakam suara kokpit (CVR) atau perakam data penerbangan (FDR).

Kotak hitam ini merupakan peralatan teknikal yang dipasang pada kapal terbang antaranya untuk merekod data penerbangan. Ia boleh membantu penyiasat untuk memahami apa yang sebenarnya terjadi sekiranya sesebuah pesawat terlibat dalam sesuatu nahas.

“Kami akan memulakan siasatan sebaik sahaja data diperoleh daripada kotak hitam berkenaan,” jelas media kerajaan tersebut.

Pihak berkuasa China sehingga kini enggan mengistiharkan penumpang pesawat itu terkorban walaupun media tempatan melaporkan peluang untuk mangsa ditemui selamat adalah tipis.

Laman web FlightRadar24 sebelum ini menunjukkan pesawat itu menurun secara mendadak daripada atitud 29,100 kaki. Secara keseluruhannya, pesawat itu dikatakan menjunam lebih 25,000 kaki dalam masa kira-kira dua minit.

Memandangkan nahas itu melibatkan pesawat buatan Amerika Syarikat, agensi berkaitan dan syarikat pembuat dari negara itu akan terlibat dalam siasatan insiden ini.

Terdahulu, pesawat jenis Boeing 737 itu berlepas dari Kunming kira-kira jam 1.11 petang (waktu tempatan) pada Isnin dan dijangka tiba di Guangzhou pada jam 3.05 petang hari yang sama.

Bagaimanapun, situasi pesawat yang membawa 132 orang penumpang termasuk sembilan anak kapal itu itu tidak diketahui apabila dilapor masih belum tiba biarpun jam sudah pun menunjukkan pukul 2.52 petang.

Pada jam 4.54 petang, Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC) mengesahkan sebuah pesawat Boeing 737 terhempas di kawasan pergunungan di Guangxi Zhuang.

BACA: Kim Pan-Gon Lulus Ujian Pertama, Berjaya Benam Filipina 2-0 Di Singapura

Sumber: CNBC