Siakap Keli
suri rumah curi minyak masak
Gambar : Kompas.com

Suri Rumah Curi Minyak Masak Di Kedai, Sempat Dirakam CCTV

Seorang suri rumah didakwa mencuri minyak masak bungkus di sebuah kedai di Desa Bangunsari, wilayah Mejayan di Jawa Timur, memetik laporan Kompas.com.

Video tersebut menjadi tular selepas dimuat naik ke akaun media sosial, TikTok Nivia Nurvita Sari.

Katanya, dia dapat video tersebut daripada rakan yang bekerja di kedai itu.

Ketika dihubungi Kompas.com semalam, dia mengesahkan telah memuat naik rakaman CCTV tersebut. Bagaimanapun, video itu kini telah dipadam oleh TikTok.

“Video tersebut telah dipadam oleh TikTok, namun ia benar-benar berlaku di sana,” jelasnya.

Nivia berkata, tindakan suri rumah itu mencuri minyak masak terbongkar selepas suri rumah itu menjual dua liter minyak masak yang dicurinya di sebuah kedai runcit dengan harga RM13.16.

Bagaimanapun, pemilik kedai runcit itu rupa-rupanya mempunyai seorang abang yang bekerja di kedai tersebut (lokasi minyak dicuri).

Tambahnya lagi, selepas ditangkap, suri rumah tersebut kemudiannya dibawa ke kedai untuk diselesaikan secara baik.

Pada masa yang sama, anggota polis Mejayan tiba di kedai tersebut semasa membuat rondaan.

Ketika dibawa ke kedai, suri rumah tersebut dikatakan mengaku pernah mencuri minyak masak bungkus di enam tempat. Di samping itu, suri rumah itu juga dilaporkan pernah mencuri susu di kedai lain.

Menurut Nivia, suri rumah tersebut berkata, kewangannya tenat dan ibu bapanya diserang angin ahmar. Namun, rupa-rupanya ibu bapanya berada dalam keadaan sihat.

Kata Ketua Polis Mejayan, Kompol Susworo, pihak polis masih menjalankan siasatan berkenaan kes kecurian minyak tersebut.

Menurut Susworo, berdasarkan maklumat dari kedai tersebut, suri rumah itu sudah enam kali mencuri minyak masak di enam tempat berbeza.

Bertentangan fakta yang diberikan, polis masih memproses undang-undang untuknya kerana ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pekerja.

“Pelakunya membuat pekerja gementar kerana jika ada barangan yang hilang, mereka perlu menggantikannya.”

Menurutnya lagi, langkah keadilan pemulihan boleh digunakan dalam kes ini, walaupun ia tidak boleh digunakan secara langsung.

“Kita diberi peluang untuk menyelesaikan siasatan terlebih dahulu. Jelasnya di sini adalah kes itu sedang dikendalikan,” jawabnya.

Sumber : Kompas.com

Fathin Nadzira