Siakap Keli
adik viral tunjuk jari tengah

Adik Viral Tunjuk Jari Tengah ‘Dibacakan’ Surah Al-Fatihah

Baru-baru ini viral seorang adik yang terkenal dengan aksinya tunjuk jari tengah ketika membonceng motosikal yang ditunggangi ibunya.

Video tular tersebut telah menarik perhatian orang ramai sehingga ada di antara mereka yang stitch video tersebut di akaun Tiktok masing-masing.

Difahamkan, kanak-kanak itu dipercayai berasal dari Pattani, Thailand dan juga merupakan seorang Muslim.

Bagaimanapun pada kali ini, kanak-kanak itu akhirnya tular sekali lagi di media sosial, kali ini menampilkan situasi yang berbeza.

Satu video yang dirakam dan dimuat naik di TikTok Feed Vlog memaparkan kanak-kanak tersebut yang sedang duduk bersama seorang lelaki yang tidak dikenal pasti.

Dalam video itu, kanak-kanak berkenaan tidak lagi menunjukkan jari tengah, sebaiknya dia dibacakan dengan Surah Al-Fatihah oleh lelaki tersebut.

Jika sebelum ini reaksi wajahnya yang ‘serius’ menjadi perhatian, namun lain pula yang terjadi kali ini apabila dia hanya diam tanpa beri apa-apa reaksi lain (apatah lagi tunjuk jari tengah).

Nak tahu lebih lanjut, ikuti video yang dikongsikan di bawah ini.

@feedvlog

ąø™ą¹‰ąø­ąø‡ą¹€ąø‚ąø²ąø™ą¹ˆąø²ąø£ąø±ąøąø™ą¹ˆąø²ą¹€ąø­ą¹‡ąø™ąø”ąø¹ (ąø•ąø±ąø§ąø•ąø¶ąø‡ąø¢ąø°ąø„ąø²)#feedvlog

ā™¬ ą¹€ąøŖąøµąø¢ąø‡ąø•ą¹‰ąø™ąø‰ąøšąø±ąøš – FeedVLOG – FeedVLOG

Apa kata netizen?

Menerusi video tersebut juga, para netizen memberikan komen menyokong tindakan lelaki tersebut yang membacakan ayat suci Al-Quran kepada kanak-kanak itu.

Jom sama-sama kita terokai komen-komen yang dilontarkan oleh mereka.

“Sejuk telinga mendengarnya….”

“Alhamdulillah, akhirnya budak ni telah di ruqyah….”

“InsyaAllah, surah ini akan hentikan adik dari….”

“Allahuakbar, merdu….”

Sumber: Tiktok Feed Vlog

Faiz Mustafa