Siakap Keli

Cetuskan Deria Rasa Anda Pada Musim Ramadhan & Raya Ini Dengan KFC Ayam Percik Baharu

KUALA LUMPUR, 23 MAC 2022 – Musim Ramadhan & Raya yang ditunggu-tunggu bakal kita temui tidak  lama lagi. Tahun ini, tradisi lazim buka puasa dan penyatuan semula sempena Hari Raya bersama keluarga  dan rakan-rakan lebih mudah dan bermakna dengan peralihan negara ke fasa endemik. Sambutan istimewa ini dimeriahkan lagi dengan menu sedap hingga menjilat jari KFC baharu yang menggamit  nostalgia bersesuaian dengan musim keraian ini.  

Memperkenalkan KFC Ayam Percik baharu yang menawarkan kelainan kontemporari KFC kepada juadah  klasik Malaysia – ayam percik; salah satu sajian enak tempatan yang selalu diidamkan pada bulan mulia  ini. Campuran herba dan rempah ratus aromatik Melayu seperti serai, halia, lengkuas, dan kunyit  menyelaputi ayam Hot & Spicy signature kami. Layan cetusan rasa asli percik berasap dengan ‘kick’ pedas  dalam setiap gigitan rangup. Lebih menyelerakan, KFC Ayam Percik dihidangkan bersama Nasi Colonel  empuk yang pasti memuaskan rasa lapar anda.  

“Bersempena sambutan Ramadhan & Raya, kami melancarkan sajian khas baharu menggamit nostalgia  dengan Ayam Percik interpretasi tersendiri kami di mana kami berharap membawakan kegembiraan dan  kenikmatan dalam suasana berbuka puasa dan sambutan Raya bersama keluarga dan rakan. Sajian ini  tersedia sementara stok masih ada, jadi untuk mengelakkan kekecewaan, kami nasihatkan anda untuk  tidak menangguh dalam membuat pesanan. Pesan atas talian untuk Penghantaran atau Self Collect di  mana anda boleh memilih tarikh dan waktu yang sesuai, dan prapesan lebih awal,” kata Chan May Ling,  Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia. 

KFC Ayam Percik boleh didapati bermula esok sementera stok masih ada bermula RM16.49 dengan  Kombo 2-ketul boleh didapatkan di restoran KFC seluruh negara.  

Bukan itu sahja! KFC Bucket Kongsi dalam set 5-ketul, 9-ketul, atau 15-ketul boleh didapati bermula 12  April bersama hidangan sampingan yang diinspirasikan daripada pencuci mulut tempatan – bersesuaian  dinikmati bersama ketika berbuka puasa dan menyambut Raya. 

Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia, dan pilih KFC Delivery, Self Collect, atau Pandu Ambil untuk pesanan lebih selamat, mudah, dan pantas.  

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.