Siakap Keli
Absorber Kereta

Ini 6 Tanda Jika Dirasai Ketika Memandu, Bermakna Absorber Kereta Anda Perlu Ditukar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penyerap hentak atau ‘absorber’ merupakan kompenen penting dalam sistem suspension kereta yang berfungsi menyerap hentaman dan mengawal pergerakan spring.

Untuk pengetahuan anda, jika absorber rosak, longgar atau tersekat, tayar tidak mampu menyentuh permukaan jalan dengan betul. Hal ini akan menyebabkan kereta akan ‘terlebih’ melantun dan pemandu serta penumpang berasa tidak selesa ketika berada di dalam kenderaan.

Menggantikan absorber adalah satu-satunya pilihan yang ada apabila komponen tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan atau haus kerana sudah terlalu lama digunapakai atau hayatnya sudah berakhir.

Jadi, SK nak kongsikan daripada Twiter Carput tentang tanda-tanda absorber kenderaan anda perlu ditukar secepat mungkin.

Sebelum itu, anda perlu memahami terlebih dahulu tentang fungsi ‘absorber’ kereta ini. Antara fungsinya adalah memastikan tayar sentiasa menyentuh permukaan jalan, mengoptimum kecekapan brek kenderaan, menyerap lantunan kenderaan dan meningkatkan tindak balas stereng.

Secara asasnya, absorber ini juga adalah sebahagian daripada bahagian ‘wear & tear’ pada kenderaan. Kebiasaannya, jangka hayat komponen ini adalah antara 5 hingga 7 tahun atau lebih mudah, apabila bacaan perbatuan kereta adalah 100,000 hingga 120,000 kilometer. Selalunya ia bergantung pada cara pemanduan.

Jadi, berikut adalah tanda-tanda bahawa anda sebenarnya perlu menukar absorber kenderaan anda.

Kereta rasa membuai/membuang di selekoh

Jelasnya, jika kereta anda melalui kawasan selekoh, rasa ‘membuang’ seolah-olah anda sedang membawa lori, boleh cepat-cepat buat pemeriksaan absorber kereta.

Kereta rasa melantun bila jalan tak rata

Seperti yang sedia maklum, absorber berfungsi untuk mengurangkan lantunan daripada spring kereta apabila melalui jalan tak rata. Tapi andai kata kereta anda melantun lebih dari biasa, kemungkinan besar absorber bermasalah.

Stering bergegar ketika memandu

Apabila absorber gagal berfungsi dengan baik, hentakan pada jalan disalurkan sebahagiannya kepada stering, menyebabkan stering kenderaan anda rasa bergegar.

Tayar makan tak sekata

Anda perlu lebih berhati-hati apabila absorber berlaku kerosakan, kerana ia akan menyebabkan tayar kereta anda turut mengalami masalah. Seperti gambar rajah di bawah, anda boleh lihat pada rajah ‘cup wear’. Ia terjadi akibat absorber bermasalah.

Absorber Kereta

Kereta ‘nose dive’ apabila brek

Andai kata tiba-tiba kereta anda ‘nose dive’ lebih daripada biasa pada kadar pemanduan yang normal, pun boleh disebabkan oleh absorber.

Nasihat Carput, janganlah pula anda pecut 120km/j dan selepas itu ‘harsh brake’, yang itu mana-mana absorber pun tak boleh nak tolong.

Absorber leaking

Tanda yang terakhir ini anda boleh lihat sendiri. Kalau didapati ada kebocoran maksudnya komposisi minyak sudah berkurang akibat kebocoran berlaku. Sudah tentu, keberkesanan fungsi absorber pun akan turut berkurang.

Pesanan kepada pemandu kereta, jika kereta anda sudah lama habis di bayar, eloklah ganti absorber yang baru untuk pemanduan yang lebih selamat.

Sumber: Carput

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang