Siakap Keli
ribut petir dan hujan
Gambar: Bernama

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa 7 Negeri Petang Ini

Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka akan berlaku di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri-negeri yang terlibat dengan amaran ribut petir dan hujan lebat ini adalah seluruh Kuala Lumpur dan daerah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Bagi negeri Perak pula, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Manakala, di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

“Di negeri Selangor, daerah yang terlibat adalah di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Sarawak turut dilanda cuaca yang sama, yang melibatkan daerah Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)  di Sabah turut terlibat.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengelak dari berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: MetMalaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.