Siakap Keli
Kredit: dailymail

Ukraine Dakwa Berjaya Tumpaskan Skuad Bunuh Presiden, Terdiri Dari Pembunuh Terlatih

KYIV – Percubaan terbaru Rusia yang dipercayai cuba membunuh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berjaya digagalkan selepas satu skuad bunuh presiden yang terdiri daripada 25 orang ditangkap di sempadan Ukraine dengan Slovakia, dakwa Kyiv.

Difahamkan, lebih dua dozen pasukan pembunuh terlatih telah berjaya ditangkap oleh polis di Uzhgorod, barat Ukraine, ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Kyivlapor Bild.

Sumber perisikan balas Kyiv memberitahu agensi berita Unian bahawa kesemua pasukan penyerang itu telah diiringi oleh ejen perkhidmatan rahsia Rusia.

Mereka dilaporkan membawa arahan untuk membunuh Zelensky dan mendapatkan maklumat lain berkaitan kerajaan Ukraine.

Uzhgorod bersempadan dengan negara jiran Slovakia dan terletak hanya beberapa batu dari sempadan Ukraine dengan Hungary.

Menurut Unian, sebuah kumpulan anti-perang dalam perkhidmatan rahsia Rusia sendiri telah memberitahu Kyiv berkaitan lokasi skuad itu dan maklumat tersebut membantu menumpaskan skuad berkenaan.

Penahanan itu dilihat sebagai usaha terbaharu Rusia yang tidak berjaya untuk membunuh pemimpin Ukraine setelah beberapa kali percubaan membunuh secara berasingan didakwa dilakukan, sejak pencerobohan Rusia pada bulan lalu.

Zelensky telah menjadi sasaran utama penceroboh negaranya. Sebelum ini, tentera upahan Wagner pernah memasuki negara atas cubaan untuk membunuhnya, lapor Kementerian Pertahanan.

Selain itu, terdapat juga beberapa sasaran pembunuhan lain yang disenaraikan termasuk Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal dan Ketua Kakitangan Presiden, Andriy Yermak.

Laporan perisikan mendakwa skuad bunuh presiden sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari Kremlin untuk memasuki Ukraine

Operasi tersebut dilaporkan diberi nama ‘senarai bunuh’ 24 orang, termasuk perdana menteri Ukraine, seluruh kabinet, Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko dan abangnya, Wladimir.

Kedua-duanya itu merupakan juara tinju yang telah menjadi tokoh ikonik di barisan hadapan ibu negara.

Namun, rancangan tersebut telah sampai ke peringkat atasan kerajaan Ukraine menyebabkan Kyiv mengisytiharkan perintah berkurung ‘keras’ selama 36 jam pada 5 Mac.

Menurut Kyiv, perintah tersebut meminta semua orang untuk terus berada di dalam rumah sementara pihak berkuasa menjaga jalan.

BACA: Logo Disengetkan, Rusia Dilapor Buka Perniagaan Burger ‘Uncle Vanya’ Ganti McDonald’s

Sumber: Dailymail

Akhmar Ikmal