Siakap Keli
kipas

Takyah Pening Kepala Punggah Rumah Cari Remote Kipas, Youtuber Ni Kongsi Kipas Yang Boleh ‘On And Off’ Pakai Telefon Je

Setiap rumah dekat Malaysia ni tidak sah jika tidak ada kipas siling. Manakan tidak, dengan faktor cuaca panas yang ada dekat negara kita ni, boleh ‘berkicap’ kalau takde kipas.

Oleh yang demikian, kipas amat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Setuju tak? Lagi-lagi kalau time berehat tu, mesti nak on je kipas sentiasa sebab nak elak daripada panas. Nak makan pasang kipas, nak tidur pasang kipas, nak tengok tv dekat ruang tamu pun mesti nak kena pasang kipas.

Walaupun zaman sekarang ni, air-cond tu dah boleh dianggap sebagai salah satu barang rumah yang perlu ada, tapi sebenarnya kipas lagi penting. Sebab apa? Sebab senang, tak perlu keluar modal sangat nak kena servis. Paling tidak pun, kena lap habuk je untuk rasa sejuk balik. 

Tapi dalam banyak-banyak kelebihan kipas ni, ada juga kelemahan dia sebenarnya. Apa dia? Okay, pernah tak korang bila dah sedap setup tv, atau dah ready tarik selimut nak tidur, tiba-tiba terlupa nak pergi on suis kipas tu. Lepas tu rasa geram kat diri sendiri sebab kena buat dua kali kerja. Ha, sama lah.

Mobile application control

kipas WIFAN

Ni nak bagitahu korang ni. Masalah tu korang boleh atasinya dah sekarang. Macam mana? Haa, memperkenalkan kipas WIFAN terbaru keluaran Panasonic ni. Kipas ni korang boleh kawal pakai handphone korang. Maksudnya, korang boleh control kelajuan, control nak on atau off bila-bila masa je yang korang nak pakai handphone korang tu. Canggih kan?

Bayangkan kalau korang dah keluar rumah, lepas tu baru tiba-tiba teringat kipas terlupa nak off, dengan satu klik je, korang tak payah nak susah payah patah balik tutup kipas tu. Memang best gila!

Cara-cara nak pakai ciri ni senang sangat. Korang cuma perlu muat turun aplikasi bernama Ceiling Fan dekat Google Play atau App Store je, lepas tu buka aplikasi tu dan log masuk akaun korang. Tapi sebelum tu, korang pastikan yang kipas korang tu dah disambungkan dengan wifi tau. Lepas tu baru korang boleh pakai ciri canggih ni. Senang sangat!

Kalau nak tahu lagi jelas, ha tengok video kat bawah ni:

New Generation DC Motor

Kelebihan motor DC kipas ni pula terbahagi kepada tiga. Satu, ianya menggunakan tenaga yang lebih rendah berbanding dengan kipas yang menggunakan motor AC. Dua, ianya beroperasi secara senyap tanpa ada bunyi-bunyi yang menjengkelkan. Ketiga pula ialah, ianya lebih padat dan ringan.

Apa yang menarik terdapat pada output kuasa motor dia juga dibina lebih tinggi. Ianya akan membuatkan isipadu udara jadi lebih tinggi serta aliran udara yang lebih luas.

LED Lighting

Kipas WIFAN ni juga turut didatangkan dengan lampu LED yang sangat istimewa khas untuk kegunaan harian korang. Sebab apa kipas WIFAN ni pilih untuk melengkapkan kipas korang tu dengan lampu LED adalah, lampu LED ni ada banyak kelebihan berbanding dengan lampu biasa.

Selain mampu bertahan untuk jangka masa yang lama, lampu LED ni juga jimat tenaga tau. So, korang tak perlu risau lagi bil elektrik melambung tinggi. Tapi ada dua model je tau yang didatangkan dengan lampu LED ni. Model tersebut ialah M15GCVBKSH & F-M12GCVBKH

Sebab apa lampu LED kipas WIFAN ni istimewa? Haa, ni nak bagitahu ni. Ada sesetengah orang yang kadang-kadang tu terpaksa hadap silau daripada cahaya lampu sebab tak boleh nak adjust kecerahan macam adjust kecerahan dekat skrin telefon. Dengan lampu LED WIFAN ni, korang boleh adjust secerah mana yang korang nak tau. Power kan?

Selain daripada tu juga, korang boleh tetapkan sendiri mode lampu ni untuk sesuaikan dengan aktiviti yang korang akan buat dekat bawah lampu kipas ni. 

Contohnya, kalau korang tengah mood nak buat kerja ke atau mood nak makan atau nak tidur, korang boleh tetapkan siap-siap semua mode ni dengan hanya satu klik je tanpa perlu nak adjust lagi dah setiap kali korang nak buat sesuatu aktiviti tu. 

kipas WIFAN

Mode ni dapat menjimatkan masa korang terus. Senang je, duduk je bawah kipas ni dan terus klik je mode mana korang nak lepas tu terus buat aktiviti yang korang nak buat tu.

Yuragi function

kipas WIFAN

Kipas ni juga turut dilengkapkan dengan fungsi Yuragi 1/f yang merupakan corak turun naik untuk menjana angin yang meniup sejuk.

Dengan formula yang canggih ni, dalam halaju udara yang berbeza-beza dan kawalan daya angin, kipas siling baharu ini dapat memberikan korang rasa damai dan selesa.

Reverse function

Reverse function ni akan memutarkan bilah kipas korang tu dalam mod mengikut arah jam. Ianya berfungsi untuk menarik udara sejuk ke atas dan mengedarkan udara di sekeliling bilik untuk aliran udara yang sekata dan suhu yang lebih selesa. Fungsi ini bagus untuk dilengkapkan dengan fungsi penghawa dingin bagi membantu memaksimumkan keberkesanan penghawa dingin.

Power gila kan kipas ni? So, apa tunggu lagi? Dapatkan sekarang! 

Pada korang yang berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi pasal kipas WIFAN yang canggih ni, korang boleh layari link dengan cara klik di sini https://fan.my.panasonic.com/wifi 

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini



Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.