Tidak dinafikan kerana kasih, seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Ada yang sanggup ‘mengikat perut’ menahan lapar asalkan buah hati kekenyangan dan perut si anak tidak berbunyi.
Perkara itu terjadi kepada seoorang ayah dari Thailand ini sehingga mendapat perhatian daripada pemilik sebuah restoran.
Difahamkan, lelaki itu membawa anak perempuannya ke sebuah restoran shabu-shabu untuk menyambut hari kelahiran anaknya. Bagaimanapun, dia tidak mampu untuk membayar harga makanan untuk mereka berdua. Jadinya, dia meminta si anak untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan seorang diri manakala dia mengambil keputusan untuk menunggu di luar premis itu sahaja.
Walau bagaimanapun, anak kecil itu menolak permintaan ayahnya dan mengatakan dia juga tidak akan mahu makan sekiranya mereka berdua tidak dapat makan bersama-sama. Tindakan tersebut menyebabkan tiada pilihan lain selain terpaksa melangkah keluar daripada restoran berkenaan dan pergi bersama-sama.
“Hadiah hari jadi”
Kisah mereka bukan terhenti di situ sahaja, perbualan anak dan ayah ini didengari oleh salah seorang kakitangan di premis makanan tersebut dan terus memberituhu pemiliknya. Nyata, kalau dah rezeki memang tidak akan kemana. Pemilik restoran ini bersetuju untuk membeli kek sempena hari jadi kanak-kanak tersebut sekaligus menaja dua beranak ini untuk makan di restorannya.
Satu cacatan di laman Facebook menceritakan kejadian ini mencetus sebak orang ramai termasuklah pemilik restoran yang menangis ketika membawa kek kepada kanak-kanak tersebut. Adegan anak dan ayah itu berpelukan seperti sedang gembira kerana dapat menyambut hari lahir puterinya walaupun dalam serba kekurangan sempat dirakam menerusi kamera CCTV premis itu.
BACA: Pemain Drum Kumpulan Muzik Terkenal, Foo Fighters Meninggal Dunia
Sumber: Mothership