Siakap Keli
foo fighters

Pemain Drum Kumpulan Muzik Terkenal, Foo Fighters Meninggal Dunia

Pemuzik yang juga merupakan pemain drum kumpulan muzik terkenal, Foo Fighters dilapor meninggal dunia pada usia 50 tahun. Kematian Taylor Hawkins itu dimaklumkan sendiri oleh kumpulan berkenaan melalui laman facebook mereka.

”Keluarga besar Foo Fighters hari ini dikejutkan dengan berita sedih dan pemergian Taylor Hawkins, yang amat kami sayangi.

”Bagaimanapun, kecintaannya kepada muzik dan personaliti cerianya akan sentiasa hidup bersama-sama dengan kami sampai bila-bila. Ucapan takziah kami hulurkan kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga mendiang yang ketika ini diuji dengan kehilangan besar.

”Disini juga, kami memohon kepada semua untuk memberikan ruang kepada ahli keluarga mendiang supaya dapat melalui detik-detik sukar ini dengan penuh ketabahan,” kata kenyataan itu.

Memetik laporan portal Rolling StoneKumpulan berkenaan ketika ini dalam siri jelajah di Amerika Selatan dan sedang membuat persiapan untuk melakukan persembahan di Bogota, Columbia.

 

Mendiang dilahirkan di Fort Worth, Texas sebelum keluarganya berpindah ke California. Karier muziknya bermula sebagai pemain drum pengiring untuk Alanis Morissette sebelum menyertai kumpulan Foo Fighters pada 1997 selepas pemain drum asal, William Goldsmith meninggalkan kumpulan tersebut.

Kematian mendiang turut mendapat perhatian rakan-rakan muzik lain yang turut berduka cita dengan berita sedih itu. Antara selebiriti terkenal yang mengucapkan takziah adalah pemain gitar Rage Againt The Machine, Tom Morello dan bekas pemain drum kumpulan Dream Theatre, Mike Portnoy.

BACA: Tangki Minyak Di Jeddah Dilapor Terbakar, Didakwa ‘Dibedil’ Peluru Berpandu Houthi

Sumber: Foo Fighters, Rolling Stone

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang