Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tangki Minyak Di Jeddah Dilapor Terbakar, Didakwa ‘Dibedil’ Peluru Berpandu Houthi

Edayu
tangki minyak jeddah

JEDDAH – Tangki minyak simpanan dipercayai milik Aramco di Jeddah dilapor terbakar, didakwa berpunca daripada serangan pemberontak Houthi Yaman.

Memetik daripada laporan ringkas CNBC, kumpulan itu bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengaku bahawa pihaknya melancarkan serangan tersebut.

Namun begitu, dalam satu tweet lebih awal, jurucakap pemberontak Houthi mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan operasi ketenteraan jauh di dalam kawasan Arab Saudi.

Aramco setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan terhadap tangki minyak di Jeddah yang didakwa miliknya. Namun begitu, berita serangan tersebut menyebabkan harga minyak mentah Brent Crude meningkat setakat ini.

Kejadian berkenaan menimbulkan kebimbangan apatah lagi ketika ini acara sukan permotoran Formula One dijadualkan berlangsung di kota tersebut.

Terdahulu, orang awam turut berkongsi beberapa video kejadian kebakaran didakwa di pusat penyimpanan minyak di Jeddah.

BACA: Pemain Drum Kumpulan Muzik Terkenal, Foo Fighters Meninggal Dunia

Sumber: CNBC