Siakap Keli

Seniman Popular & Pelakon Veteran, Amran Tompel Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak veteran terkenal, Amran Tompel meninggal dunia pada pukul 4.37 petang Sabtu di kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan.

Memetik daripada Astro Awani, Allahyarham Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun akibat kanser usus.

Beliau dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura dan beliau meninggal dunia pada usia 72 tahun disamping anak beliau.

Allahyarham meninggalkan 4 orang anak hasil perkahwinan dengan isteri beliau.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menyifatkan Allahyarham Amran merupakan seorang anak seni berbakat besar. Seorang pelawak dan pelakon yang tiada tandingannya.

Jenazah beliau kini berada dirumahnya di Senawang Negeri Sembilan dan telahpun dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut.

Pada tahun 1987 Amran Tompel tampil dengan filem pertama lakonan beliau iaitu filem “Keluarga 69” sebagai watak Joe, seterusnya beliau juga ada membintangi beberapa buah drama atau filem di Malaysia antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

Seniman juga akan terus mendapatkan perkembangan lanjut mengenai masa pengebumian jenazah Amran daripada keluarga Allahyarham.

Semoga rohnya tenang bersama golongan yang beriman. Aamin.

Sumber: Astro Awani, SENIMAN

Baca juga: Lapor Keputusan Palsu Covid-19, Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – Khairy

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.