Siakap Keli

Tular Rakaman Warga Emas Dipercayai Jadi Mangsa Samun Dua Individu Bermotosikal

Tular di media sosial hari ini satu kejadian dipercayai kejadian samun yang melibatkan dua orang suspek menaiki sebuah motosikal dengan seorang mangsa yang merupakan wanita dipercayai warga emas di sebuah kawasan perumahan.

Menerusi Utusan, kejadian samun terbabit dipercayai berlaku di Jalan Ikhlas 1, Bandar Tun Razak, Cheras.

Berdasarkan video yang dikongsikan, dapat melihat dua orang penyamun yang menaiki motosikal didakwa telah meragut barang berharga daripada wanita terbabit.

Perakam yang juga merupakan penduduk kawasan itu meminta seorang saksi yang berada di situ turut didengari berteriak meminta mangsa membaca dengan kuat nombor plat motosikal dua penjenayah itu supaya ia dapat membantu pihak polis menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tentang kejadian samun tersebut.

Begitu juga nilai kerugian yang dialami oleh mangsa juga tidak diketahui setakat ini.

Sumber: Utusan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang