Siakap Keli
Hujan lebat
Gambar Via Google

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa beberapa negeri diramal bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 8.00 malam ini.

Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat ialah Kedah iaitu di daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu dan seluruh negeri Melaka.

Manakala, di Perak pula melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Bagi negeri Kelantan, hanya satu daerah sahaja yang bakal dilanda cuaca buruk iaitu di Jeli.

“Di negeri Pahang, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Kuantan dan Pekan dan di negeri Selangor pula di daerah Hulu Selangor.

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

“Bagi negeri Sembilan, daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau turut terlibat,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor juga turut terlibat.

Sama juga dengan negeri Sarawak, daerah yang terlibat ialah Serian, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga) dan Limbang.

Selain itu, ribut petir dan hujan lebat turut akan melanda negeri Sabah iaitu di daerah Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Tawau (Tawau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas).

Orang ramai yang berada di kawasan yang terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak berada di lokasi yang berisiko.

Sentiasa layari portal MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai info cuaca terkini.

Sumber: MetMalaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.