Seorang bapa dilaporkan tergamak perkosa anak kandungnya sendiri yang kini berusia 15 tahun di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan sejak setahun lalu, lapor Kosmo.
Menurut laporan, suspek yang juga seorang buruh telah ditahan oleh pihak polis selepas satu laporan polis dibuat oleh isterinya.
‘Kantoi’ perbualan lucah suspek dan mangsa
Difahamkan, isteri suspek telah membaca perbualan lucah di antara dua beranak itu menerusi aplikasi WhatApps pada telefon pintar anaknya, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata polis telah memberkas suspek di rumahnya di sebuah kampung di Pasir Puteh dekat sini kelmarin.
“Siasatan awal mendapati, ibu dan bapa mangsa berkahwin pada tahun 2004 sebelum bercerai tiga tahun kemudian semasa remaja itu berusia enam bulan.
“Mangsa kini tinggal bersama ibunya di Melor, dekat sini bersama seorang lagi adik-adiknya.
“Berdasarkan keterangan mangsa, dia pertama kali dirogol tahun lalu ketika sedang tidur di ruang tamu rumah bapanya.
“Lelaki itu memesan kepada remaja itu agar tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa pun termasuk ibunya,” katanya ketika ditemui pemberita.
BACA JUGA: Didakwa Rogol Anak Sendiri Sampai 20 Kali, Lelaki Mengaku Bersalah & Sedia Dimandulkan Sebagai Tanda Permohonan Maaf
Mangsa dirogol sekali seminggu hingga sebabkannya ketagih
Ujarnya lagi, kekerapan suspek merogol mangsa dianggarkan sekali seminggu dan kejadian tersebut menyebabkan remaja tersebut ketagih untuk melakukan hubungan terlarang itu.
Tidak cuma itu, mangsa juga mengaku telah melakukan perhubungan itu lebih 10 kali dan kali terakhir adalah pada Khamis lalu.
“Berdasarkan siasatan, lelaki itu akan mengambil mangsa di rumah pada waktu malam secara senyap-senyap semasa ibunya sedang tidur.
“Dia seterusnya akan menghantar anaknya semula sebelum wanita tersebut terjaga.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan doktor mengesahkan remaja itu tidak mengandung.
“Selain ada kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya.
Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan rogol dan sumbang mahram.
Sumber: Kosmo