SYDNEY: Seorang kanak-kanak tiga tahun jadi saksi ibunya ditikam dengan kejam berkali-kali hingga mati oleh bekas teman lelakinya, lapor Mirror.
Menurut laporan, mangsa (ibu) ditemui mati akibat luka tikaman yang banyak di luar rumahnya di Mayfield, pinggir bandar Newcastle di New South Wales.
Difahamkan, pada awalnya mangsa menghubungi pihak polis kira-kira 10:40 malam apabila menyedari rumahnya diceroboh lelaki itu.
Bagaimanapun belum sempat polis tiba, mangsa terlebih dahulu ditikam lelaki berkenaan sebaik sahaja berjaya menceroboh rumah tersebut.
Namun ketibaan polis tidak mengubah apa-apa apabila mangsa tidak sempat diselamatkan setelah ditemui terbaring kaku dalam keadaan parah.
Lebih malang, turut berada di tempat kejadian adalah anak kecil mangsa yang baru berusia tiga tahun yang dijumpai dalam keadaan berlumuran darah.
Tambah laporan, mangsa dikejarkan ke hospital untuk tindakan kecemasan, bagaimanapun dia disahkan sudah meninggal dunia ketika itu.
Dalam masa sama, bekas teman lelaki mangsa berjaya ditahan polis dan turut dibawa ke hospital kerana mengalami cedera ringan.
Menurut polis, kejadian tersebut berlaku disyaki disebabkan masalah hubungan peribadi antara mangsa dan bekas teman lelakinya.
“Selain tuduhan membunuh, suspek (lelaki) juga disyaki membuat kesalahan menceroboh rumah orang dengan niat mencetuskan keganasan rumah tangga,” maklum polis, lapor Mirror.
Mangsa adalah bekas penagih dadah
Sementara itu, kejadian ngeri tersebut turut mendatangkan kesan mendalam kepada anggota polis setelah melihat mangsa dan anaknya yang ditemui berlumuran darah.
Komander Polis Newcastle City, Superintendan Wayne Humphrey berkata, beliau menghabiskan 20 minit menonton rakaman badan mangsa yang dipenuhi kesan tikaman yang sangat mengerikan.
Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan bahawa kecederaan teruk yang dialami mangsa bukanlah disebabkan insiden itu semata-mata.
Sebaliknya, mangsa dikatakan sedang dalam proses pemulihan daripada masalah ketagihan dadah jenis methamphetamine sejak usia 16 tahun lagi.
Sebelum ini, menurut Mirror, mangsa pernah menyuarakan perjuangannya melawan ketagihan tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya pada Mei 2019 lalu.
“Ketagihan ini nyata. Ketagihan ini adalah satu penyakit yang buatkan kita pentingkan diri sendiri untuk lihat penderitaan dan kekacauan yang anda sendiri ciptakan.
“Saya telah meninggalkan ‘perkara’ tersebut sejak tiga tahun lalu dan masih lagi dalam proses pemulihan dari ketagihan,” tulisnya di akaun tersebut, lapor Mirror.
Polis juga telah mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kanak-kanak tiga tahun itu.
BACA JUGA: Sekeluarga Termasuk Bayi Maut, Terkena Renjatan Elektrik Dalam Bilik Air
Sumber: Mirror