Siakap Keli
curi tabung masjid
Gambar via Instagram

Lelaki Curi Tabung Masjid Bawa Kanak-Kanak, Aksi Berjaya Dirakam CCTV

BOGOR – Tindakan seorang lelaki yang nekad mencuri tabung sebuah masjid sambil membawa seorang kanak-kanak, berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut laman Instagram yang memuat naik video berkenaan, insiden dipercayai berlaku di Masjid Nurul Hidayah, Desa Parakan Jaya, pada 26 Mac lalu kira-kira jam 11.55 pagi waktu tempatan.

Dalam video berdurasi satu minit 24 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki cuba mengambil duit sumbangan dari bahagian bawah tabung yang berada di atas meja masjid berkenaan.

Lelaki itu terlihat mengenakan sepasang seluar jeans biru sambil membawa seorang kanak-kanak perempuan semasa melakukan aksinya.

Sambil matanya meninjau keadaan sekeliling, lelaki tersebut terlihat beberapa kali cuba mengorek isi tabung masjid dengan tangannya dan disaksikan oleh kanak-kanak itu.

Setelah berjaya mencapai duit dari tabung masjid, lelaki itu kemudiannya memasukkan hasil curian ke dalam kocek seluarnya dalam keadaan terburu-buru.

Si pelaku kemudiannya terlihat meninggalkan masjid yang ketika itu dikatakan sedang lengang.

Kali kedua duit tabung masjid dicuri

Menurut Ketua Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) Masjid Nurul Hidayah, Zein Fatalharun, pihaknya menerima maklumat dari seorang pengawal keselamatan bahawa tabung masjid berkenaan telah dipecahkan.

“Awalnya kami tidak mahu perkara ini heboh dan kebetulan maklumat itu datang dari jemaah masjid dan pengawal keselamatan.

“Setelah diperiksa, rupa-rupanya pelaku memecahkan bahagian bawah kotak masjid,” kata Zein memetik laporan Suara.com.

Jelasnya, ini adalah kali kedua kes kecurian wang sumbangan tabung masjid itu terjadi walaupun tabung berkenaan sudah dipindahkan.

“Ini kali kedua tabung masjid kami dicuri dan memang semuanya terakam di CCTV yang berada di tempat tersebut,” ujarnya.

Zein selaku wakil pihak Masjid Nurul Hidayah berharap keadaan sama tidak lagi berulang, ditambah pula dalam situasi masyarakat yang serba kekurangan dari segi kewangan.

“Kami tahu pandemik COVID-19 sangat dirasakan, sampai orang nekad mencuri tabung masjid kerana terhimpit masalah ekonomi,” katanya.

Sebelumnya, media tempatan pernah melaporkan situasi hampir sama, di mana seorang wanita tertangkap CCTV sedang mencuri tabung masjid dan kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Sumber: Suara.com

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.