Siakap Keli
tabung masjid
Gambar: Suara.com

(Video) CCTV Berjaya Rakam Aksi Nekad ‘Makcik’ Curi Tabung Masjid, Gigih Bawa Lari Guna Motor

Satu rakaman CCTV tular di Indonesia setelah seorang wanita tua dilihat sedang berusaha mencuri tabung masjid.

Memetik laporan Suara.com, tindakan wanita itu mengejutkan warganet kerana saiz tabung yang dicuri olehnya itu agak besar.

Menerusi video itu, dapat dilihat wanita tersebut memastikan keadaan masjid lengang terlebih dahulu sebelum bertindak mengangkut tabung yang besar itu.

Gambar: Suara.com

Tidak lama kemudian, dia dilihat bertungkus-lumus membawa tabung yang berat tersebut sambil berlari dan meletakkannya di atas sebuah motosikal.

Dia kemudian dilihat cuba untuk meletakkan tabung tersebut di tempat duduk hadapan motosikalnya tetapi tidak boleh kerana tabung itu terlalu besar.

Setelah memastikan tabung tersebut selamat ‘ditunggangnya’, dia segera menaiki motosikalnya dan beredar dari situ. Walaupun menghadapi kesukaran, dia tetap menunggang motosikalnya untuk keluar dari perkarangan masjid.

Gambar: Suara.com

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia dilihat terhuyung-hayang dan terjatuh dari motosikalnya manakala tabung yang dicuri olehnya tercampak kerana terlalu berat.

“Oh terbalik, motor dia terbalik,” kata orang yang merakam CCTV itu.

Gambar: Suara.com

Tetapi dia tidak berputus asa, tabung yang jatuh itu dinaikkan semula ke atas motosikalnya dan berjaya beredar dari situ.

Kedudukannya ketika menunggang motosikal tersebut kelihatan pelik kerana terhalang oleh tabung yang diletakkan di depannya.

Netizen memberikan pelbagai reaksi apabila melihat video tersebut, ada di antara mereka yang mengesyaki bahawa pencuri itu sebenarnya seorang lelaki yang menyamar menjadi makcik tua.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: Suara.com

Sofea

There's always another side to every story