Ombak biru di lautan yang bergemerlapan lagi indah yang selalu dilihat di luar negara kali ini ‘muncul’ di Terengganu?
Alam ini sangat hebat dan penuh dengan ‘misteri’. Lebih-lebih lagi di sesetengah tempat, anda boleh melihat haiwan dan tumbuhan yang bersinar dalam gelap, bukan? Ya, macam yang biasa kita lihat di pantai-pantai di luar negara.
Sama ada kejadian unik daripada alga atau hidupan kecil di laut, pengalaman melihat fenomena alam ini pasti akan jadi sesuatu yang unik yang anda pernah saksikan seumur hidup anda.
Seperti satu rakaman yang dikongsikan di laman Tiktok Mahira Amanina, gadis ini menunjukkan pemandangan ombak di sebuah pantai di Terengganu yang berubah menjadi kebiru-biruan.
BACA JUGA: Fenomena ‘Fitoplankton’ Hasilkan ‘Blue Tears’ Pada Air Laut, Jadi Kilauan Cahaya Kebiruan
Biasanya, fenomena unik ini sering berlaku di pantai-pantai di luar negara. Tetapi kali ini, fenomena ‘ombak biru’ ini berlaku di Pantai Penarik, Terengganu dan gadis ini berjaya merakamnya dari lensa sendiri.
“Ya, selama ini tengok online saja. Rezeki sangat malam tu dapat tengok. Esoknya dah tak ada sebab hujan…”
Siapa yang tidak teruja dengan fenomena unik ini apabila ia berlaku di depan mata kita.
@mahiramanina Selalu nampak dkt luar negara, tak sangka rezeki dpt nampak depan mata 😍 #tiktokmalaysia
Berdasarkan info dari Marinemadness, fenomena ombak biru bioluminescene ini berlaku kerana terdapat mikroorganisma marin yang hidup di dalam lautan yang dikenali sebagai fitoplankton. Haiwan laut berwarna biru bersinar dan terang.
Dalam penulisan itu memberitahu, apa yang anda lihat itu sebenarnya berjuta-juta plankton yang memancarkan cahaya dan menjadikan permandangan di pantai lebih menarik.
Tak hairanlah fenomena ini dikatakan mirip satu adegan di filem ‘Avatar’ kerana warna biru yang dipancarkannya.
Ada tips menarik untuk menyaksikan ombak ‘Boiluminescene’ ini iaitu ketika tiada siaran bulan dan ketika langit mendung.
Sumber: Mahira Amanina