Siakap Keli
Gambar: Metro UK

Pemilik Chelsea Disyaki Diracun Lepas Hadiri Rundingan Damai Di Kyiv

Pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich dan dua orang perunding damai Ukraine dilaporkan mengalami keracunan, beberapa minggu selepas menghadiri satu pertemuan di Kyiv.

Memetik laporan Daily Mail, mereka mengalami gejala termasuk mata merah serta kulit muka dan tangan menggelupas.

Selain daripada itu, Abramovich juga turut dilaporkan ‘hilang penglihatan selama beberapa jam’ dan dirawat di sebuah hospital di Turki, kata sumber kepada The Guardian.

Penganalisis di Bellingcat mengesahkan bahawa tiga anggota delegasi termasuk Abramovich menghadiri rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada 3 Mac.

Mereka dipercayai mengalami ‘gejala yang konsisten dengan keracunan melibatkan senjata kimia’.

Abramovich bersama seorang usahawan Rusia dan Ahli Parlimen Ukraine, Rustem Umerov telah mengambil bahagian dalam rundingan itu yang berlangsung sehingga kira-kira jam 10 malam.

Ketiga-tiga anggota delegasi itu beredar dari rundingan tersebut dan pulang ke sebuah apartmen di Kyiv pada 3 Mac.

Semasa di sana, mereka telah dilaporkan mengalami radang mata dan kulit serta merasa sakit yang menusuk di mata mereka sehingga keesokan paginya.

Sementara itu, Abramovich dilaporkan telah terbang melintasi Istanbul, Moscow dan Kyiv untuk menyampaikan mesej antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Namun, apabila diberikan nota daripada presiden Ukraine yang menggariskan syarat-syarat keamanan, pemerintah Rusia dilaporkan merasa berang.

Abramovich kini dalam usaha untuk menyelamatkan reputasinya selepas berdepan sekatan oleh UK dan EU susulan hubungan rapatnya dengan Putin.

Asetnya telah dibekukan di seluruh Britain dan dia memulakan penjualan hartanahnya di London serta kelab bola sepak Chelsea.

Dalam pada itu, Zelensky pula dilaporkan merayu kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden agar negara tersebut menangguhkan tindakan terhadap oligarki itu kerana peranannya dalam rundingan.

Abramovich bersama ahli politik Ukraine, Rustem Umerov telah melawat Zelensky di Kyiv yang dilanda perang. Ahli perniagaan itu telah menaiki sebuah jet milik firma Turki.

Terdahulu, satu rundingan di Turki dilaporkan turut diadakan antara menteri luar Rusia dan Ukraine.

Sergey Lavrov dan Dmytro Kuleba bertemu di Antaly pada 10 Mac, dengan menteri luar Turki, Mevlut Cavusoglu menyelia rundingan itu yang akhirnya gagal.

Dia juga bertemu dengan bekas canselor Jerman, Gerhard Schroeder untuk cuba menjalinkan perdamaian dengan Putin awal bulan ini.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.