Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Roman Abramovich dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kelab miliknya, Chelsea FC akan dijual. Kenyataan beliau dimuat naik di laman rasmi kelab.
”Seperti yang selalu saya tegaskan, setiap keputusan yang saya buat berkaitan kelab adalah untuk keutamaan kelab.
”Mengambil kira situasi semasa, maka saya mengambil keputusan untuk menjual kelab ini. Pada pendapat saya, keputusan ini adalah yang terbaik untuk kelab, peminat, para pemain begitu juga untuk penaja dan rakan kongsi,” umum beliau.
Kelab juga memaklumkan bahawa proses jualan tidak akan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya akan melalui proses yang sewajarnya. Malah Abramovich sendiri berkata, beliau tidak akan menuntut supaya hutang-hutang Chelsea kepadanya dibayar semula selepas dijual.
”Memiliki Chelsea bukan soal duit atau perniagaan kepada saya. Ia tentang minat dan cinta kepada sukan ini.
”Saya juga mengarahkan pasukan untuk menubuhkan satu tabung untuk mangsa-mangsa perang di Ukraine, dimana hasil penjualan kelab disalurkan sepenuhnya ke tabung itu. Ini termasuklah menyediakan dana untuk membeli keperluan mendesak mangsa-mangsa, selain persedian untuk pemulihan jangka panjang.
Beliau juga berkata, keputusan yang dibuat ini begitu sukar dan ia amat menyedihkan untuk dirinya kerana perlu berpisah dalam keadaan begini. Bagaimanapun, keputusan ini perlu dibuat demi kepentingan kelab.
”Saya berharap dapat berkunjung ke Stanford Bridge buat kali terakhir untk mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Saya selalu berbangga untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini dan dengan pencapaian-pencapaian hebat anda semua.
”Chelsea selamanya di dalam hati saya,” katanya.
Roman Abramovich yang merupakan seorang ahli perniagaan berasal dari Rusia, Beliau antara yang terjejas selepas negara-negara Eropah mengenakan sekatan terhadap Rusia susulan tindakan negara itu menyerang Ukraine baru-baru ini.
BACA: Peminat Kagum, Sadio Mane Dilihat Bawa Sejadah Saat Yang Lain Raikan Kemenangan Piala Carabao
Sumber: Chelsea FC