Siakap Keli
Gambar: Empire Of The Kop

Peminat Kagum, Sadio Mane Dilihat Bawa Sejadah Saat Yang Lain Raikan Kemenangan Piala Carabao

Pemain bola sepak Muslim Liverpool, Sadio Mane dilihat memegang sejadah di dalam bilik persalinan dipercayai sedang bersiap untuk memunaikan solat selepas tamat perlawanan dan memenengi Piala Carabao.

Beliau juga dilihat sudah menukar pakaian dan mengenakan seluar panjang, berbanding pemain-pemain lain yang masih lagi mengenakan jersi utama kelab.

Kelibat Mane itu kelihatan di dalam sebuah gambar tiga orang penjaga gol Liverpool dan ia pantas menjadi viral di media sosial.

Sebagai seorang Muslim yang taat, pemain yang berasal dari Senegal itu dikatakan banyak terlepas acara sambutan yang dibuat untuk menyambut kejayaan mereka sementara dia menunaikan solat. Malah, para peminat turut perasan bahawa Mane hampir tidak kelihatan dalam keraian Piala Carabao kali ini, kecuali ketika di atas padang.

Malah, ketika mereka sedang menyambut kemenangan di padang, Mane kelihatan meminta Takumi Minamino untuk tidak membuka minuman beralkohol tersebut, yang kemudian disimpan oleh Takumi Minamino.

Sadio Mane memenangi trofi keduanya dalam beberapa bulan selepas Liverpool memenangi perlawanan akhir Piala Carabao petang Ahad lalu.

Sebelum ini, Mane menjaringkan gol penalti kemenangan dalam penetuan sepakan itu ketika dia menewaskan Mesir pada perlawanan akhir Piala Afrika.

Sumber: Empire Of The Kop, Give Me Sport

Zahirah