Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bawa Papan Putih Penuh Formula Hingga Ke Saat Akhir, Usaha Guru MRSM Gerik Buat Ramai Sebak

formula
Kredit: Threads elli_ibrahimm
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Usaha dan pengorbanan guru dalam memastikan anak didik memperoleh persediaan terbaik sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nyata menyentuh hati ramai.

Terbaharu, tindakan guru guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik yang terus mencurahkan ilmu kepada pelajar sehingga saat akhir peperiksaan mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai elli_ibrahimm meluahkan rasa terharu melihat kesungguhan guru guru berkenaan yang sanggup membawa papan putih berserta formula untuk membantu pelajar membuat persediaan.

Kredit: Threads elli_ibrahimm

“Kenapa cikgu buat saya menangis hari ini? Sampai begitu sekali usaha guru guru MRSM Gerik. Hingga ke saat akhir, mereka masih mencurahkan ilmu.

“Cikgu membawa papan putih yang mengandungi formula. Semoga anak anak dapat mengingati dan membayangkan formula ini ketika menjawab soalan.

“Terima kasih cikgu. Tidak terbalas jasa dan pengorbanan kalian. Semoga guru guru dikurniakan syurga tertinggi,” kongsi pengguna itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata pengguna turut meluahkan rasa terharu selain berkongsi pengalaman masing masing ketika bergelar pelajar.

Seorang pengguna, brownlatte11 yang merupakan ibu kepada salah seorang calon SPM, turut menitipkan doa agar segala urusan pelajar dipermudahkan.

“Terima kasih, cikgu. Saya ibu kepada salah seorang calon SPM. Baru-baru ini, pada jam 1.02 pagi, saya terbaca perkongsian ini dan turut berasa sebak. Semoga semuanya dipermudahkan,” tulisnya.

Sementara itu, seorang bekas pelajar MRSM, wh0ssyhn berkata, semangat guru guru ketika memberikan dorongan menjadi antara perkara yang membantunya terus kuat sehingga selesai menduduki SPM.

Menurutnya, ketika masih bersekolah, dia pernah tertanya tanya mengapa guru begitu bersungguh sungguh memberikan tekanan dan dorongan kepada pelajar.

Namun, selepas tamat peperiksaan, barulah dia memahami kepentingan usaha tersebut apabila setiap soalan yang dibaca dapat dijawab hasil persediaan dan tunjuk ajar guru.

“Sebagai bekas pelajar MRSM, perkara inilah yang membuatkan saya kuat sehingga tamat SPM. Semangat guru guru memang luar biasa.

“Dahulu, ketika masih bersekolah, saya tertanya tanya mengapa guru begitu bersungguh sungguh memberikan dorongan. Namun, selepas tamat SPM, barulah saya faham. Apabila peperiksaan bermula dan membuka kertas soalan, saya terus tahu bagaimana hendak menjawab setiap soalan,” kongsinya.

Dalam pada itu, farfarawaykkl turut mendoakan agar guru guru yang ikhlas mencurahkan ilmu dan mendidik anak bangsa dikurniakan ganjaran terbaik.

Seorang lagi pengguna, tcer.mommy2 yang juga bekas pelajar MRSM berkata, guru guru di institusi berkenaan sememangnya terkenal dengan kesungguhan mereka dalam memberikan dorongan, sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Katanya, kenangan bersama guru ketika belajar masih terpahat sehingga kini dan dia turut menzahirkan penghargaan atas segala jasa mereka.

Selain itu, nikejjini berkongsi pengalaman ketika anaknya menduduki SPM apabila ibu bapa dibenarkan masuk ke maktab untuk menunaikan solat Subuh dan membaca surah Yasin ketika anak anak sedang menjawab peperiksaan.

Menurutnya, dia turut melihat sendiri kesungguhan guru yang membantu pelajar, termasuk ketika berdepan masalah seperti tertinggal kalkulator, kehabisan bateri kalkulator atau terlupa membawa kad pengenalan.

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian syanazul yang menyifatkan usaha guru guru MRSM dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik anak didik sebagai sesuatu yang menyentuh hati.

Dia turut berharap segala usaha dan pengorbanan guru berkenaan akan terus dikenang oleh bekas pelajar mereka.

Sumber:Threads
Intipati
  • Guru MRSM Gerik membawa papan putih berisi formula untuk membantu calon SPM membuat persediaan.
  • Perkongsian di Threads itu menarik perhatian pengguna yang rata-rata meluahkan rasa terharu.
  • Bekas pelajar dan ibu bapa turut berkongsi pengalaman serta penghargaan terhadap guru MRSM.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan