Siakap Keli
Gambar: Facebook

Polis Cheras Berjaya Berkas Dua Lelaki Disyaki Terlibat Samun Warga Emas

Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang wanita warga emas di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur telah berjaya ditahan oleh pihak polis.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Hj. Jaafar, suspek pertama telah diberkas pada 27 Mac lalu.

Hasil semakan mendapati suspek pertama yang berumur 35 tahun itu memiliki 18 rekod lampau.

Susulan dari tangkapan itu, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan baru ke atas seorang lagi lelaki pada 28 Mac dan merampas barangan yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut beserta wang tunai sebanyak RM5,300.

“Suspek kedua berumur 29 tahun dan turut memiliki 18 rekod lampau.

“Reman ke atas suspek ini telah dibenarkan selama tujuh hari bermula 29 Mac hingga 1 April,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, reman ke atas suspek pertama pula telah dibenarkan selama enam hari bermula 27 Mac hingga 1 April bagi membantu siasatan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian samun ini berlaku pada hari yang sama iaitu lebih kurang jam 9.00 pagi di mana suspek adalah dua lelaki warganegara yang bersenjatakan parang dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pihaknya juga memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang.

“Pihak Polis Cheras tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang yang melanggar undang-undang,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu kejadian samun berkawan melibatkan mangsa seorang warga emas.

Terdahulu, telah tular di media sosial pada baru-baru ini berkenaan satu kejadian dipercayai kejadian samun yang melibatkan dua orang suspek menaiki sebuah motosikal dengan seorang wanita warga emas di kawasan perumahan.

Baca: Tular Rakaman Warga Emas Dipercayai Jadi Mangsa Samun Dua Individu Bermotosikal

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di media sosial, kejadian samun terbabit dipercayai berlaku di Jalan Ikhlas 1, Bandar Tun Razak, Cheras.

Berdasarkan video yang dikongsikan, dapat dilihat bahawa terdapat dua orang penyamun yang menaiki motosikal didakwa telah meragut barang berharga daripada wanita terbabit.

Tindakan perakam yang juga merupakan penduduk kawasan itu meminta seorang saksi yang berada di situ untuk membaca kuat nombor plat motosikal dua penjenayah itu supaya ia dapat membantu pihak polis menjalankan siasatan.

Sumber: Polis KL

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.