Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda beberapa negeri sehingga jam 8.00 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda seluruh negeri Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.
Selain itu, daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling di negeri Kedah akan dilanda cuaca yang sama.
Bagi negeri Perak, daerah yang terlibat adalah Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Di negeri Pahang pula, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong.
“Bagi negeri Selangor, ia melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Selain itu, daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan turut dilanda cuaca yang sama,” kata MetMalaysia.
Sementara itu, bagi negeri Johor, daerah yang terlibat adalah di Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Susulan ramalan cuaca ini, anda dinasihatkan untuk berhati-hati terutama bagi yang pulang dari tempat kerja.
Elakkan berada di kawasan yang berisiko dan sentiasa memeriksa info cuaca terkini di MetMalaysia.
Sumber: MetMalaysia