Siakap Keli
sut pemusnah bom
Gambar via Twitter

Bukan Untuk Lindungi Diri, Ini Fungsi Sebenar Sut Yang Dipakai Unit Pemusnah Bom

Apabila menonton filem-filem aksi yang ada kaitan dengan proses memusnahkan bom, pasti anda perasan sut khas yang dipakai oleh unit pemusnah bom ini.

Pada pandangan kita, mungkin sut ini dipakai oleh unit pemusnah bom untuk melindungi diri mereka sekiranya berlaku letupan ketika sedang menjalankan tugas mereka.

Seperti yang kita tahu, tugas sebagai unit pemusnah bom pastinya melibatkan bahan letupan yang berbahaya baik kepada diri mereka mahupun orang-orang di sekeliling.

Namun tahukah anda, pakaian khas yang dipakai oleh unit pemusnah bom ini ada fungsi tersendiri yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perlindungan diri.

Ingin ketahui apa fungsi sebenar sut yang dipakai oleh unit pemusnah bom, ikuti perkongsian pengguna Twitter Nadia Zaman di bawah ini.

Fungsi sebenar sut khas unit pemusnah bom

I’m at this age baru tahu suit yang digunakan unit pemusnah bom is not to protect their lives, fungsi hanya tak perlu kutip serpihan daging jika bom meletup, mati lengkap anggota badan, atau hanya kepala sahaja terpisah.

sut pemusnah bom
Gambar: Twitter Nadia Zaman

Respect to unit UPB PDRM (Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia). Suit ni berat dalam 50 kilogram.

Just shield them from smaller blasts. If it is something like a vehicle-sized bomb, all the bomb suits in the world is not going to save you if you are right on top of it.

sut pemusnah bom
Gambar: Twitter Nadia Zaman

But Alhamdulilah belum ada anggota UPB terkorban semasa operasi. May Allah protect them always.

Nak masuk unit UPB perlu kekuatan mental dan boleh handle any of stress. Anggota UPB kena kerap renew license dengan latihan.

Suit UPB tak boleh dibuka dari dalam, orang lain sahaja boleh bukakan. Especially yang pakai oksigen tank. Suit ni berharga RM200 ribu lebih.

Boleh tengok filem Hong Kong ini, ada la sikit sebanyak menyerupai operasi teknikal untuk musnahkan bom. Even baju pun sebijik. Ada Shock Wave 1 dan 2.

Gambar: Twitter Nadia Zaman

Sumber: Twitter Nadia Zaman

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.