Siakap Keli
e-tunai
Gambar Hiasan via Bernama

Dua Juta Belia Bakal Terima e-Tunai Berjumlah RM150 Bermula April Ini

PUTRAJAYA – Kira-kira dua juta belia bakal menerima kredit e-tunai di bawah inisiatif ePemula yang bakal dijalankan bulan depan.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), inisiatif di bawah Bajet 2022 ini memperuntukkan RM300 juta kepada golongan belia yang layak melalui aplikasi e-dompet pilihan.

“Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet yang dipilih,” terang MOF dalam kenyataan hari ini.

Jelas pihak MOF, program berkenaan akan bermula pada pertengahan bulan April.

Oleh itu, para peniaga PKS yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai (cashless) disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat bagi mendapat manfaat dari perlaksanaan program ePemula.

Setakat ini, empat penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet yang mempunyai jaringan lebih 1.2 juta peniaga runcit.

Sebelumnya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ePemula adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.