Seorang lelaki India miliki lidah terpanjang sepanjang 10.8 sentimeter, sekaligus mungkin merekodkannya sebagai lelaki mempunyai lidah paling panjang di dunia.
Keunikan lelaki bernama K praveen, 21, dari Thiruthangal, Virudhunagar di wilayah Tamil Nadu itu telah direkodkan dalam India Book of Record, lapor Oddity Central.
Difahamkan, pelajar jurusan robotik itu menyedari lidahnya lebih panjang daripada biasa sejak dia mula menunjukkan kepada rakan dan keluarganya apa yang dia boleh lakukan dengan organ itu.
Praveen mendakwa, dia boleh menyentuh hujung hidung dan sikunya menggunakan lidahnya yang panjang itu, selain turut boleh menyentuh kawasan berdekatan matanya.
Oleh kerana kekurangan dana, dia tidak dapat mengukur lidahnya secara rasmi oleh Guinness Records, tetapi dia mendapat namanya dalam Buku Rekod Limca India sendiri, kerana mempunyai lidah terpanjang di negara itu.
Bagaimanapun disebabkan kekurangan dana, dia tidak dapat mengukur lidahnya secara rasmi di bawah Guinness Book of Records, sebaliknya hanya ‘diiktiraf’ di India Book of Records.

BACA JUGA: Padah Amal Diet Jenis Ni, Lelaki Alami Masalah Lidah Hitam & Berbulu
Beberapa tahun lalu, Praveen berjaya melakar namanya dalam Asia Book of Record kerana mampu menyentuh hidung dengan lidahnya sebanyak 219 kali dalam satu minit.
Nampaknya, dia juga telah melatih dirinya untuk melakukan amalan yoga Khecarī Mudrā, yang membuatkan dia memasukkan lidahnya yang besar ke dalam rongga hidung melalui bumbung mulut. Dia memanggilnya helah “lidah tidak kelihatan”.
Rekod Guinness untuk lidah terpanjang di dunia pada masa kini adalah milik Nick Stoeberl, dari Salinas, California dengan panjang rasmi 10.1 sentimeter. Ukuran itu 0.8 sentimeter lebih pendek daripada K Praveen.
Pelajar India itu kini merancang untuk mengumpul dana dan ‘mencuba nasib’ di bawah organisasi rekod antarabangsa itu supaya idahnya bakal diakui secara rasmi.
“Walaupun pencapaian saya telah direkodkan di India, saya berusaha untuk membawa bakat saya ke seluruh dunia.
“Ini mungkin berlaku jika hanya kerajaan Tamil Nadu yang memberi saya bantuan, kerana saya tidak dapat mempamerkan pencapaian saya di peringkat global, kerana kekurangan bantuan kewangan,” luahnya.
Pelajar robotik itu kini sedang berlatih menyentuh kelopak mata dengan lidahnya. Dia berasakan itu satu pencapaian yang akan meningkatkan peluangnya dalam melakar nama di Guinness Book of Records.
Menurut Universiti Edinburgh, purata lidah lelaki manusia adalah sekitar 8.5 sentimeter panjang, namun lidah K Praveen lebih 2.5 sentimeter panjang dan mungkin yang terpanjang di dunia.
Sumber: OddityCentral