Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Padah Amal Diet Jenis Ni, Lelaki Alami Masalah Lidah Hitam & Berbulu

Seorang lelaki dilapor mengalami lidah hitam dan berbulu selepas dia menjalani ‘diet cecair’, memetik laporan Daily Star.

Menurut laporan, lelaki berusia 50 tahun itu berdepan situasi berkenaan sewaktu dia menjalani diet makanan campuran dan sup selama dua bulan.

Bagaimanapun, ‘hasilnya’ adalah dia mengalami masalah di mana satu lapisan tebal kulit mati dan bakteria mula tumbuh di lidahnya.

Situasi itu dipanggil sebagai lingua villosa nigra iaitu keadaan di mana ia sering berlaku disebabkan beberapa faktor.

Difahamkan, penjagaan kebersihan mulut yang tidak berapa bersih juga menjadi faktor mengapa dia mengalami lidah hitam dan berbulu tersebut.

BACA JUGA: Gejala Lambat Bercakap Kanak-Kanak Meningkat, Keterdedahan Peranti Antara Punca – Pakar

Menurut Daily Star, antara faktor lain termasuklah merokok, penggunaan ubat kumur yang terlalu kuat serta kesan daripada beberapa antibiotik yang diambil.

Gambar: via Daily Star

Selain itu, pengambilan makanan yang lembut secara berpanjangan turut menjadi faktor mengapa bulu boleh tumbuh pada lidah.

Hal ini kerana makanan lebih keras dapat mengikis sel mati daripada lidah semasa makan jika dibandingkan dengan makanan lembut yang tidak mampu untuk mengikis sel-sel mati tersebut.

Menurut Akademi Perubatan Oral Amerika, sehingga 13 peratus orang dewasa di sana pernah mengalami situasi ‘lidah berbulu hitam’ pada satu-satu masa dalam hidup mereka.

Tambah laporan, situasi ini hanyalah asimtomatik iaitu menderita situasi ‘aneh’ tetapi tidak memudaratkan pesakit.

Apa yang mereka akan rasa hanyalah geli-geli pada bahagian permukaan lidah, selain loya dan nafas berbau.

BACA JUGA: Boleh Menjadi Gemuk, Ini Lima Fakta Menarik Berkaitan Lidah Manusia

Sumber: Daily Star

 

Nadhirah