Siakap Keli
Kredit: Indozone

Boleh Menjadi Gemuk, Ini Lima Fakta Menarik Berkaitan Lidah Manusia

Lima deria manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bau membantu setiap individu untuk melakukan semua aktiviti harian.

Salah satu daripada lima deria yang mesti diberi perhatian ialah deria rasa yang ada pada bahagian lidah. Lidah memiliki peranan penting untuk makan, merasa sesuatu dan bercakap. Dengan adanya lidah, kita dapat merasakan makanan yang masuk ke dalam mulut agar dapat menelannya dengan baik.

Memetik portal Science Alert, terdapat beberapa fakta menarik tentang lidah manusia yang tidak diketahui oleh ramai orang.

1. Terdiri daripada beribu-ribu sel rasa

Jika anda melihat lidah anda di cermin, anda akan mendapati bahawa terdapat banyak benjolan kecil pada lidah anda. Kesemua bonjolan itu ternyata mampu merasai pelbagai rasa dengan jumlah yang boleh mencecah 2,000 hingga 4,000 rasa.

Malah setiap bonjolan itu mampu mengesan rasa yang berbeza. Di dalam bonjolan itu, terdapat saraf deria yang berfungsi untuk memberikan rasa secara umum.

2. Panjang lidah 8 cm

Mungkin jarang diketahui bahawa sebenarnya saiz lidah manusia adalah sepanjang 8.5 sentimeter (cm). Ukuran ini dibuat dari lipatan tulang rawan sehingga ke hujung lidah.

3. Boleh bertambah gemuk

Lidah manusia adalah seperti anggota badan lain yang boleh membesar malah ia juga boleh menjadi gemuk. Lidah yang menjadi gemuk adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

4. Terdiri daripada otot yang lemah

Hampir kesemua bahagian lidah terdiri daripada otot supaya ia boleh menjadi sangat fleksibel ketika bergerak. Otot-otot pada lidah boleh terus bergerak tanpa rasa letih. Walau bagaimanapun, otot yang ada pada lidah bukanlah yang terkuat dibanding dengan otot lain.

5. Petanda badan yang sihat

Lidah juga boleh menjadi petanda sama ada tubuh badan manusia itu berada dalam keadaan sihat mahupun tidak. Apabila mengalami masalah kesihatan, kebiasaannya lidah akan bertukar warna.

Secara umumnya, lidah manusia mempunyai warna merah jambu atau merah muda cerah. Jika lidah bertukar menjadi merah gelap, ini mungkin bermakna anda mengalami sakit tekak. Sedangkan lidah putih pula boleh menjadi tanda bahawa anda mengalami demam panas atau jangkitan virus.

Sumber: Indozone

Akhmar Ikmal