Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Sepupu, Lima Bidang Berbeza, Sama-Sama Bergelar Graduan Tahun Ini

Lima Sepupu
Kredit: Facebook Fauziah Hussin

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan, apatah lagi apabila usaha dan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil.

Namun, lebih istimewa apabila kejayaan tersebut turut dikongsi bersama ahli keluarga lain, sekali gus menjadi kebanggaan buat seluruh keluarga.

Itulah yang menarik perhatian menerusi perkongsian Fauziah Hussin di Facebook miliknya, mengenai lima orang sepupu perempuan yang dilahirkan pada tahun 2002 dan berjaya menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi masing-masing pada tahun 2026.

Kredit: Facebook Fauziah Hussin

Kelima-lima mereka memilih bidang pengajian yang berbeza mengikut minat serta hala tuju masing-masing.

Lima sepupu, lima bidang pengajian berbeza

Antara lima sepupu tersebut ialah Nur Athirah Jamal yang dilahirkan pada Januari dan mengikuti pengajian dalam bidang Perakaunan (Sistem Maklumat) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kredit: Facebook Fauziah Hussin

Seterusnya, Shuhaina Mahamad Shukor yang dilahirkan pada Mac pula memilih bidang al-Quran dan Hadis di Universiti Malaya (UM).

Kredit: Facebook Fauziah Hussin

Sementara itu, Nur Amirah Mohd Ariffin yang dilahirkan pada April melanjutkan pengajian dalam bidang Keusahawanan (Pelancongan) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Kredit: Facebook Fauziah Hussin

Bagi Anis Nasuha Mohd Shukri yang dilahirkan pada Oktober, beliau mengikuti pengajian dalam bidang Ekonomi di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kredit: Facebook Fauziah Hussin

Tidak ketinggalan, Qistina Dinie binti Mohd Yahya yang dilahirkan pada Disember menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kredit: Facebook Fauziah Hussin

Walaupun mengikuti bidang pengajian yang berbeza, kelima-lima mereka berkongsi satu pencapaian istimewa apabila berjaya menamatkan pengajian pada tahun yang sama.

Seorang lagi sepupu sudah menamatkan pengajian pada tahun 2025

Dalam pada itu, seorang lagi sepupu mereka, Nor Aina Afifah binti Che Omar yang turut dilahirkan pada tahun 2002, telah terlebih dahulu menamatkan pengajian pada tahun 2025.

Beliau merupakan graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang.

Kejayaan yang diperoleh mereka sudah pasti menjadi kebanggaan keluarga, apatah lagi apabila masing-masing berjaya membawa haluan sendiri dalam bidang yang diminati.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus melakar kejayaan dalam perjalanan kerjaya masing-masing.

Intipati
  • Lima sepupu perempuan kelahiran 2002 menamatkan pengajian tinggi masing-masing pada tahun 2026.
  • Mereka mengikuti bidang berbeza, termasuk perakaunan, al-Quran dan hadis, keusahawanan, ekonomi serta perubatan.
  • Seorang lagi sepupu kelahiran 2002 sudah menamatkan pengajian di IPG pada 2025.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan