Siakap Keli
buat bising
Gambar Via The Thaiger

Gara-Gara Ayam Peliharaan Buat Bising, Lelaki Nekad Bakar Jiran

Seorang lelaki dilaporkan telah menyimbah minyak dan kemudian membakar jirannya yang sedang berehat di atas kerusi gara-gara berang ayam milik mangsa sering buat bising, lapor The Thaiger.

Saksi yang melihat kejadian itu berkata mangsa yang ‘diselubungi’ oleh api telah berlari keluar dari rumah.

Melihat keadaan itu, jiran-jirannya yang lain segera mendapatkan air dan menyimbah mangsa bagi memadamkan api tersebut.

Mangsa terselamat tetapi melecur teruk di bahagian badan.

Menurut laporan, kedua-dua lelaki itu sering bergaduh kerana ayam jantan mangsa yang selalu buat bising.

BACA JUGA: Rumah Terbakar, Suami Pegang Isteri Luar Balkoni Elak Disambar Api, Akhirnya Diri Maut Akibat Melecur Teruk

Suspek yang berusia 35 tahun dikatakan tinggal di sebuah rumah di Samut Prakan, tenggara Bangkok.

Sementara itu, mangsa yang berusia 40 tahun pula segera dihantar ke hospital untuk merawat luka melecur yang merebak di seluruh badannya dari kepala hingga kaki.

Seorang saksi mengatakan bahawa ayam jantan milik mangsa sering mengganggu suspek dan kedua-dua lelaki itu dilihat sering bertengkar mengenainya.

Bagaimanapun, pegawai polis berkata bahawa pertengkaran kerana ayam adalah merupakan motif yang terlalu ringan dan mereka akan terus menyiasat kes tersebut.

Supek juga dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau iaitu pernah disabitkan dalam dua atau tiga kes dadah.

Sumber: The Thaiger, Kosmo

Sofea

There's always another side to every story