Siakap Keli
suami isteri balkoni

Rumah Terbakar, Suami Pegang Isteri Luar Balkoni Elak Disambar Api, Akhirnya Diri Maut Akibat Melecur Teruk

Seorang suami dilapor sanggup mengorbankan diri sendiri apabila dirakam memegang isteri di luar balkoni ketika rumah mereka di tingkat tiga terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku di China itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba menyelamatkan isterinya daripada disambar api. Melalui rakaman yang tular, dapat dilihat beberapa kawasan badannya melecur akibat disambar api.

Dia bagaimanapun dilapor meninggal dunia selepas sembilan hari dirawat dihospital. Menurut laporan Mothership, si suami kritikal selepas hampir 98 peratus tubuh badannya melecur dalam usahanya menyelamatkan isteri tercinta.

Tunggu ketibaan bomba

Ketika kejadian, si suami menggunakan segala kudratnya untuk memegang isterinya diluar balkoni sementara menunggu ketibaan bomba.

Mereka berdua berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan melecur yang teruk. Si isteri turut berdepan kederaan melecur hampir 96 peratus badan dan menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedar. Dia bagaimanapun masih dipantau rapi oleh pihak hospital.

Kronologi kejadian

Menurut laporan South China Morning Post, ketika kejadian si isteri berada di dalam bilik dan menyelamatkan diri melalui tingkap untuk menuju ke balkoni rumah.

Ketika itu, si suami sudahpun berada di ruang balkoni untuk menyelamatkan diri. Dia kemudian nekad menarik isteri, mengangkat melepasi balkoni dan menahannya di bahagian luar untuk mengelakkan si isteri daripada disambar api.

Ketika bomba tiba, si isteri merayu kepada anggota penyelamat untuk menyelamatkan suaminya terlebih dahulu.

Dalam laporan siasatan bomba, rumah berkenaan dikongsi bersama 4 lagi ahli keluarga, namun kebakaran dilapor bermula daripada bahagian bilik yang didiami mereka berdua.

Kasih suami dan keluarga bahagia

Pasangan suami isteri berkenaan dilapor sudahpun mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Malah, mereka juga dikurniakan dengan tiga cahaya mata.

Ketiga-tiga anak mereka bagaimanapun tidak tinggal bersama mereka kerana dibesarkan oleh orang tua suami di kampung.

BACA: Pemain Drum Kumpulan Muzik Terkenal, Foo Fighters Meninggal Dunia

Sumber: Mothership, SCMP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang