Siakap Keli
sijil vaksinasi malaysia menepati sistem eu
Gambar: Bernama

Sijil Vaksinasi, Saringan COVID-19 Malaysia Menepati Sistem Pengurusan Vaksin Kesatuan Eropah

Sijil Vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia secara rasminya diiktiraf menepati Sistem Pengurusan Vaksin Kesatuan Eropah (EU).

Pengiktirafan tersebut diumumkan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula Von Der Leyen seperti yang dilapor Bernama sebentar tadi.

Dalam masa sama, Duta Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas turut mengeluarkan kenyataan sedemikian di Twitter miliknya.

“EU telah menerima permohonan Malaysia untuk menubuhkan kesetaraan antara Sijil Digital COVID-19 EU dan MySejahtera Malaysia.

“(Ia) satu penggalak untuk perniagaan dan pelancongan!” kata Rokas di Twitter.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut ‘retweet‘ kenyataan Rokas tersebut di laman Twitter miliknya.

Dalam retweet itu, Khairy hanya menulis kenyataan ringkas berbunyi “Menghubungkan Malaysia dengan EU,”.

Berita penuh selanjutnya bakal menyusul.

Sumber: Bernama / Twitter Khairy Jamaluddin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'