Siakap Keli
MPV rempuh kedai roti

MPV Rempuh Kedai Roti, Nasib Anak Kecil Jadi Perhatian

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang menyaksikan detik-detik sebuah kereta MPV merempuh kedai roti sehingga mencederakan enam orang awam.

Dalam kejadian di Daerah Thanh Khe, Vietnam itu, enam orang mangsa dilaporkan cedera termasuk tiga orang kanak-kanak.

Memetik laporan Tuoi Tre News, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.30 petang, pada Ahad lalu.

Difahamkan, kereta jenis MPV itu datang dari arah pusat Da Nang ke Daerah Thanh Khe.

Kenderaan itu dipercayai tiba-tiba memecut laju berhampiran terowong jalan di persimpangan Jalan Dien Bien Phu dan Nguyen Tri Phuong sebelum merempuh ke dalam kedai roti Dong Thanh.

Video kejadian yang tular di media sosial memaparkan kereta tersebut memecut dengan sangat laju sebelum merempuh kedai roti itu.

Rakaman CCTV di kedai roti tersebut menunjukkan bahawa terdapat enam individu yang berada di dalam kedai berkenaan termasuk tiga orang kanak-kanak.

Menerusi video itu, ada kanak-kanak yang dilihat tidak sempat melarikan diri.

Sementara itu, pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas dan menyiasat kemalangan tersebut.

Polis Daerah Thanh Khe mengesahkan bahawa terdapat enam mangsa yang cedera dalam kejadian itu dan mereka semua telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pemandu kereta itu seorang lelaki, dia disyaki mengambil minuman beralkohol. Kami masih lagi menyiasat mengenai punca kemalangan tersebut,” kata ketua polis Daerah Thanh Khe.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Hospital Da Nang, Doktor Nguyen Thanh Trung berkata kesemua enam mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, keadaan pemandu kereta tersebut tidak diketahui.

Siasatan terhadap kes tersebut masih sedang dijalankan.

@utusantvofficial

Reply to @beirouheng_08 . 2 kanak-kanak alami luka, 4 dewasa patah tulang. Tiada yang maut. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

@utusantvofficial

Laju dia rempuh, hancur terus rak roti. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

BACA: Cuba Larikan Diri & Rempuh Polis, Lelaki Warga Asing Berjaya Ditahan

Sumber: Tuoi Tre News, Blog tuan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.