Seorang lelaki yang mendedahkan alat sulit dan melakukan onani sebanyak empat kali dalam satu penerbangan Southwest Airlines baru-baru ini dilarang terus menaiki pesawat tersebut seumur hidup.
Menurut The Independent, tidak kurang juga, lelaki berkenaan turut ditahan dan berdepan dengan tuduhan jenayah antarabangsa atas kes kelakuan tidak senonoh yang dilakukannya.
Pada awalnya, lelaki tersebut, M (bukan nama sebenar) menaiki penerbangan Southwest Airlines dari Seatlle ke Pheonix, US selama tiga jam dan ketika itu, dia duduk bersebelahan dengan seorang penumpang wanita.
Bagaimanapun segalanya bermula apabila penumpang wanita itu menyedari lelaki ghairah tersebut mula melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sebanyak empat kali sebelum tertidur.
BACA JUGA: Cium Pakaian Dalam Jiran & Onani, Lelaki Warga Emas Ditahan
Dalam masa sama, lelaki itu sempat bertanya kepadanya adakah dia selesa atau pun tidak, lalu wanita itu mengangkat tangan ke udara dan menjawab, “Itu tak penting,”
Tidak suka dengan situasi itu, wanita tersebut mengambil gambar lelaki terbabit dan tekad melaporkannya kepada pramugari pesawat sebelum dia dipindahkan ke tempat duduk lain.
Dalam pada itu, sebaik saja pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sky Harbor, lelaki itu akhirnya ditangkap dan disoal siasat oleh ejen khas FBI.
Kes tersebut dibawa ke mahkamah dan lelaki itu dilapor berdepan tuduhan jenayah antarabangsa atas kelakukan tidak senonoh dan perbuatan lucah di dalam penerbangan tersebut.
Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu dikatakan tidak berfikir panjang bahawa penumpang wanita itu sebenarnya tidak selesa dengan perbuatannya.
Rentetan kes memalukan itu, jurucakap Southwest Airlines memberitahu bahawa lelaki tersebut akhirnya telah diharamkan daripada menaiki sebarang penerbangan daripada syarikat itu seumur hidupnya.
“Pada 2 April lalu, kami menerima laporan tentang tingkah laku yang tidak senonoh dalam penerbangan 3814 dari SEA kea PHX.
“Situasi itu telah dilaporkan kepada anggota kru semasa dalam penerbangan dan kapten telah menghubungi penguatkuasa undang-undang untuk menemui pesawat itu semasa ketibaan.
“Kami segera meletakkan penumpang itu dalam Senarai Larangan Terbang kami, menyebabkan dia dilarang seumur hidup daripada melakukan perjalanan menaiki Southwest Airlines,” katanya, memetik Independent.
Sumber: The Independent