Siakap Keli
Gambar via PDRM

Cium Pakaian Dalam Jiran & Onani, Lelaki Warga Emas Ditahan

Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga emas berumur 62 tahun atas dakwaan kes viral berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, ACP Amihizam Bin Hj. Abdul Shukor berkata, aduan kes viral tersebut diterima pada pukul 2:44 petang semalam.

“Seorang lelaki (terbabit) telah mengambil pakaian dalam yang dijemur berhampiran sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama sambil mencium pakaian dalam tersebut dan melakukan perbuatan onani,” maklumnya.

Jelasnya, perbuatan itu telah dilihat dan dirakam oleh jiran mangsa yang kemudiannya telah menghubungi pihak polis bagi memaklumkan perbuatan tersebut.

Hasil risikan sepasukan polis dari Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields, lelaki warga emas yang tinggal di Puchong itu akhirnya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) 1955 telah dibuka dan permohonan reman akan dibuat pada 15 Mac 2022,” tambahnya.

Amihizam memaklumkan penangkapan sedemikian menerusi satu kenyataan media  hari ini.

Dalam pada itu, Amihizam turut menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes jenayah dinasihatkan untuk segera melaporkannya kepada pihak polis.

Laporan boleh disalurkan di talian 03-2297 9222 (hotline polis Brickfields) atau di talian 03-2114 9999 (hotline Polis Kuala Lumpur) atau di mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: PDRM

Nadhirah