Siakap Keli
Masjid al-Aqsa
Gambar Via Bernama

Israel Larang Lelaki Palestin Berumur 12-40 Tahun Solat Jumaat Di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 6 April (Bernama) — Israel pada Selasa melarang lelaki Palesti berumur antara 12 dan 40 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan.

Hanya wanita Palestin, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan lelaki berumur lebih 50 tahun dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa jika mahu menunaikan solat, menurut Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa Israel.

Lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu.

Rakyat Palestin yang mempunyai saudara-mara di Israel akan diberi permit untuk melawat pada Ahad dan Khamis.

Rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki perlu mendapatkan kebenaran khas untuk melawat saudara-mara dan tempat suci termasuk Masjid Al-Aqsa.

Untuk keluar dari Tebing Barat yang diduduki, rakyat Palestin terpaksa melalui satu daripada 23 pusat pemeriksaan.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story