Sejak akhir-akhir ini, lagu dengan potongan lirik ‘dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’ acap kali menjadi runut bunyi kebanyakan video di TikTok.
Lebih melucukan, ada sesetengah video tersebut langsung tidak berkaitan dengan maksud yang cuba disampaikan oleh lirik lagi ini. Liriknya sedih, tapi video tentang kucing.
Akibat semakin banyak digunakan dalam video-video TikTok, akhirnya lagu ini terus menjadi trending di seluruh pelusuk media sosial sehingga ke hari ini.
Keasyikan liriknya berjaya meniti di bibir netizen dan terngiang-ngiang dalam kepala. Jadi, siapakah sebenarnya pemilik suara daripada lagu yang viral ini?
Raffa Affar, suara asal di sebalik lirik ‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa’
Pemilik suara sebenar di sebalik lagu trending ini adalah Raffa Affar, seorang Youtuber dan juga selebriti Instagram dari Indonesa yang namanya kini sedang melonjak naik di sana.
Merujuk Priangtimur News, Raffar Affar hanyalah nama pentasnya, manakala nama penuhnya pula adalah Rafa Aldiansyah, berusia 20 tahun serta beragama Islam.
Difahamkan, Raffa sangat dikenali di Indonesia kerana memiliki suara yang merdu, selain turut sering membuat ‘cover’ lagu-lagu pop Indonesia dan memuat naik ke media sosial miliknya.
Bagaimanapun percaya atau tidak, di sebalik lirik ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’ yang tular kini, ia sebenarnya merupakan lagu nyanyian Raffa Affar yang berjudul Cinta Sampai Mati.
Mungkin ramai yang terfikir, adakah Cinta Sampai Mati ini baru dihasilkan pada tahun ini? Sebenarnya tidak, ia telah mula dibikin sejak 2021 dahulu menurut apa yang dikongsikan oleh Botram Media Entertainment.

Menurut Botram Media Entertainment, Cinta Sampai Mati adalah single pertama yang dinyanyikan oleh Raffa. Penjelasan penuh mengenainya dijelaskan pada bahagian description di saluran Youtube mereka.
Justeru, disebabkan Cinta Sampai Mati sangat diminati ramai, maka lagu ini sering dinyanyikan semula dalam versi cover oleh kebanyakan penyanyi lain termasuklah Kangen Band.
Selain berkecimpung dalam dunia nyanyian, menjadi Youtuber terkenal serta selebriti di Instagram, Raffa juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di Indonesia.
Ketika usia yang masih sangat muda, Raffa kini sudah pun mempunyai produk minyak wangi sendiri hasil kerjasama dengan syarikat Zarome.
Di samping itu, ada juga produk minyak wanginya diberi nama unik menggunakan namanya sendiri iaitu Raffa Gel untuk wanita dan Raffa Boy untuk lelaki.
Alang-alang kita mengenali biodatanya, apa kata kita nyanyikan sekali lagu Cinta Sampai Mati nyanyian Affar seperti lirik yang disertakan di bawah ini.
Lirik Cinta Sampai Mati
Duhai engkau, sang Belahan Jiwa
Namamu terukir dalam pusara
Di setiap langkah, ku s’lalu berdoa
Semoga kita bersama
Duhai engkau, tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku
Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama
Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu selalu terjaga
Dan aku pasti setia
Ho-oh-oh
Ho-wo-oh-ho-oh-wo-wo-ho-oh
Ho-wo-uh-wo-oh-uh
Duhai engkau, tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku
Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama
Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu selalu terjaga
Dan aku pasti setia
dengarkanlah
(Di sepanjang malam, aku berdoa)
Ku berdoa (bersujud dan lalu aku meminta)
Dan meminta (semoga kita bersama)
Wo-oh, dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu s’lalu terjaga
Dan aku pasti setia
Ku setia..
Sumber: Priangtimur News