Siakap Keli
sellection

Sellection Realisasi Impian Ramai Miliki Barangan Berjenama Dengan Ansuran

Kuala Lumpur – Niat Pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin dalam merealisasikan impian ramai orang untuk memiliki barangan ‘original’ dan berjenama dengan harga mampu milik tak pernah pudar.

Rafidah insan penting di sebalik jenama Sellection

Sejak lapan tahun lalu, dia bermula dengan menjadi ‘personal shopper’ di Montreal, Kanada hingga kini telah memiliki empayar perniagaan di tanah air, dia percaya bahawa kemahuan dan keinginan sesiapa saja boleh dipenuhi. Ia bukanlah lagi angan-angan kosong.

“Jika dulu hanya golongan tertentu saja boleh memakai dan membeli barangan berjenama mewah. Dengan apa yang Sellection diusahakan, semua skeptikal dan pandangan itu berjaya ditepis.

“Kini orang biasa tak kira usia dan sosial status pun boleh pakai beg, aksesori atau tas tangan berjenama dengan harga berpatutan. Semua individu layak dan berhak waima mereka seorang surirumah, peniaga kecil, guru dan sebagainya,” kata Rafidah.

Kata Rafidah lagi, perniagaannya bukan sekadar menjual barang semata-mata.

Pelbagai Jenis Bag Tangan Berjenama Boleh Didapati di Sellection

“Tetapi memberi nilai dengan membantu pelanggan memilih barangan diingini dengan harga terbaik.

“Sekarang impian pelanggan jadi kenyataan walaupun mulangan hanya angan-angan. Termasuk memiliki tas tangan yang sesuai dengan penampilan, gaya dan acara tertentu.

“Bahkan ada pelanggan yang beli berulang kali kerana senang dengan cara kami,” katanya.

Malahan, dengan tawaran pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali memberikan jenama itu peluang untuk membantu pelanggan merancang kewangan bulanan.

“Saya percaya semua wanita dan lelaki sentiasa ingin kekal cantik, segak dan berketrampilan, namun mereka ada komitmen tertentu untuk berbelanja.

“Bila Sellection memberikan ansuran tiga kali, pelanggan sangat gembira sebabnya mereka masih boleh rancang kewangan tetapi tetap boleh bergaya dengan barangan berjenama dan berkualiti antarabangsa,” katanya.

Istimewanya pelan ansuran yang ditawarkan adalah hanya membayar deposit kali pertama dan pelanggan  boleh terus memiliki apa yang diingini.

“Bererti mereka tak perlu lagi untuk menunggu sehingga bayaran akhir, baru nak pakai handbag. Semuanya sangat mudah dan cepat dengan hanya melayari www.sellection.com dan Facebook.

Pelanggan setia Sellection

“Nak pakai ‘branded item’ yang “ori” secara ansuran tidak mustahil lagi! Semua item dijual tulen, baru, diimport daripada Amerika Syarikat dan up-to-date,” katanya.

Matlamat jenama ini juga ingin membantu dan membina keyakinan diri pelanggan.

“Saya sedar bukan semua mampu membeli tunai. Memudahkan keputusan pelanggan untuk membeli dengan tawaran harga mampu milik mahupun pelan ansuran adalah kepuasan paling maksima bagi kami.

“Saya percaya kepada konsep ‘customer is king’ menjadi teras seterusnya menambat hati ramai pelanggan. Saya dulu pun tidak memiliki apa-apa dan hanya orang  biasa sahaja. Saya sangat memahami keinginan untuk merasai barangan berjenama itu bagaimana.”

“Banyak persoalan, banyak keraguan dan kadang-kadang rasa tidak percaya diri bahawa mampu nak pakai berjenama,” katanya.

Rafidah meletakkan dirinya di tempat pelanggan dan cuba membantu  memberikan layanan, perkhidmatan dan informasi terbaik kepada mereka.

“Semuanya bagi memastikan setiap pertanyaan dan persoalan terjawab. Saya mahu pelanggan berpuas hati dan merasai pembelian berbaloi dan seolah-olah mereka sedang ‘shopping’ di butik antarabangsa.

“Itulah sebabnya sesi ‘live’, tips, ulasan  tentang koleksi barangan di platform media sosial media kami tidak pernah berhenti. Kami sentiasa nak memberikan nilai tambah kepada pelanggan  memiliki barangan ‘ori’.

‘Tagline kami, ‘Embracing Confidence’ mahu meraikan keyakinan pelanggan nampaknya telah memberi impak besar dan positif kepada ramai wanita dan lelaki di Malaysia sehinggakan  ulasan di laman sesawang mencecah lebih 3700,” katanya.

Jelas Rafidah lagi, membaca komen dan ulasan pelanggan juga membakar semangatnya memberikan lebih baik pada waktu mendatang.

“Ada yang kali pertama cakap beli barangan berjenama dengan kami. Malah, dulu  mereka tak tahu nak beli secara ‘online’. Tapi sudah tahu kewujudan kami, siap rancang beli lagi. Malah disarankan pula untuk orang lain kerana kredibiliti kami sebagai ‘trusted seller’.

“Ada juga ulasan yang memberitahu dulu dirinya hanya berangan-angan sahaja untuk pakai barangan jenama dari luar, tak sangka sekarang boleh memilikinya sendiri bila kami tawarkan pelan ansuran.

“Malah ada komen  cakap dia bekerja biasa, tapi masih boleh capai impian dan beri ganjaran kepada diri sendiri tanpa meminta orang lain,” katanya yang mempunyai butik fizikal di Wangsa Maju.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.