KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 3.00 petang (8 April 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan seluruh negara sehingga 6 petang ini.
Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang).
Manakala di sebelah pantai timur, melibatkan negeri Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan).
Seterunya di negeri Selangor (Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) dan di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Di negeri Sarawak melibatkan kawasan di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Miri) dan di Sabah melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kudat).
Orang awam yang duduk berhampiran kawasan yang dijangka terlibat dengan amaran ini dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan elakkan keluar sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
BACA: Dua Roket Hentam Stesen Kereta Api Di Ukraine, Lebih 30 Maut & 100 Cedera Setakat Ini
Sumber: MetMalaysia