Siakap Keli
ahli parlimen

Ceroboh & Miliki Tanah Rizab, Ahli Parlimen Thai Dilarang Terlibat Politik Seumur Hidup

Seorang Ahli Parlimen (MP) Thailand dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti politik untuk tempoh seumur hidup. Mahkamah Agong Thailand membuat keputusan tersebut pada Khamis selepas mendapati MP berkenaan bersalah kerana menceroboh dan memiliki tanah rizab di wilayah kelahirannya di Ratchaburi.

Menurut laporan Bangkok Post yang memetik kenyataan mahkamah, perbuatan MP tersebut dianggap serius dan mencabul etika sebagai seorang ahli Parlimen. Tindakannya memiliki tanah milik kerajaan negeri didakwa akan menyebabkan berlakunya konflik kepentingan peribadi dengan kepentingan umum.

Keputusan yang dibuat mahkamah itu menyaksikan MP berkenaan tidak lagi boleh terlibat dalam sebarang aktiviti politik sama ada di peringkat nasional mahupun tempatan seumur hidup. Malah, mahkamah juga menarik balik hak mengundinya selama 10 tahun.

Menurut rekod, kesalahan tersebut dibawa ke mahkamah pada 25 Mac tahun lepas oleh Agensi Pencegahan Rasuah Thailand (NACC).

Kontroversi membabitkan MP berkenaan bermula pada 2019 apabila seorang individu yang mempunyai pengaruh dalam politik Thailand telah melancarkan satu petisyen yang mendesak pihak berkuasa menyiasat tanah ladang yang dimiliki oleh MP berkenaan.

Jabatan Perhutanan Diraja Thailand kemudian melakukan siasatan dan mendapati tanah ladang yang dimiliki MP tersebut merupakan tanah awam milik kerajaan. Kes berkenaan kemudian diserahkan kepada NACC.

Tanah ladang tersebut merupakan tanah yang dibenarkan untuk pembangunan semula dan disediakan khas untuk rakyat yang tidak memiliki tanah, bagaimanapun status tanah tersebut masih dikekalkan sebagai tanah rizab kerajaan.

BACA: Murid Sekolah Rendah Dibenar Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran Bermula 17 & 18 April Ini

Sumber: Bangkok Post

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.