Siakap Keli
Cristiano Ronaldo mohon maaf
Gambar via The Guardian

Cristiano Ronaldo Mohon Maaf ‘Hempas’ Telefon Penyokong

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo memohon maaf atas insiden menghempas telefon bimbit salah seorang penyokong dipercayai kerana kalah 0-1 dalam perlawanan menentang Everton awal pagi tadi.

Menurut The Guardian, rakaman yang muncul di media sosial memaparkan Ronaldo meleret tangannya ke tanah ketika dia berjalan keluar dari padang dan menuju ke terowong di Goodison Park.

“Saksi berkata, pemain bola sepak dunia itu menghempas telefon bimbit salah seorang peminatnya ke tanah hingga berkecai,” lapor The Guardian.

Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram miliknya, beliau turut memohon maaf secara terbuka atas tindakan yang tidak sepatutnya itu.

“Bukanlah mudah untuk kita mengawal emosi ketika dalam keadaan sukar atau kecewa.

“Walau bagaimanapun, kita perlu menghormati, bersabar dan menjadi contoh yang baik kepada remaja terutama mereka yang minat dalam sukan ini.

“Saya ingin memohon maaf atas kelakuan dan jika boleh, saya ini menjemput individu tersebut menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda maaf dan semangatnya dalam sukan ini,” tulisnya.

Menurut The Guardian, pengurusan Manchester United kini sedang meneliti insiden yang berlaku gara-gara kekalahan yang menyebabkan kelab itu jatuh ke tangga ketujuh Liga Perdana.

Imbas kembali, Manchester United tumpas 0-1 kepada Everton selepas gol tunggal Anthony Gordon pada minit ke-27 kekal tanpa dibalas hingga ke tamat perlawanan.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

 

Sumber: The Guardian, CR Instagram

Faiz Mustafa