Siakap Keli
anjing
Gambar: Twitter

Heret Anjing Dari Dalam Kereta, Polis Berjaya Kesan Suspek

Johor Bahru – Seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menarik seekor anjing dari dalam sebuah kereta telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk disoal siasat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, hasil soal siasat mendapati bahawa kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang digunakan adalah milik abang ipar suspek.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 April lalu, anjing tersebut dikatakan haiwan peliharaan suspek yang hilang dan telah dijumpai semula di kawasan perumahan suspek dalam keadaan kotor dan berkutu.

“Suspek beranggapan tidak sesuai untuk dibawa masuk ke dalam kereta, maka suspek telah menggunakan tali leash dan menarik anjing tersebut dari tingkap penumpang hadapan kereta yang dipandu secara perlahan memandangkan kawasan anjing tersebut dijumpai adalah berhampiran dengan rumah suspek.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah rakaman percakapan diperolehi,” katanya.

Tambahnya lagi, kes ini disiasat  di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Seksyen 44 (1)(a) Akta Binatang 1953.

Kertas siasatan juga akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut.

Pihak polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat ke IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Terdahulu, tular satu rakaman video di Twitter yang berdurasi lebih kurang sembilan saat memaparkan seekor anjing sedang ditarik oleh seorang individu dari dalam sebuah kereta.

Rata-rata netizen meluahkan kemarahan apabila melihat video itu kerana ia dilihat seperti mendera anjing tersebut.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: