Siakap Keli
panda

Ditonton Lebih Sejuta Kali, Aksi Anak Panda ‘Gaduh’ Dengan Penjaga Zoo Raih Perhatian Ramai

Selain kucing, beruang panda juga sering menjadi tumpuan ramai kerana kecomelan tingkah lakunya yang bersahaja. Bagaimanapun, gelagatnya yang terlebih manja kadang kala boleh membuatkan manusia berasa penat bila berada berdekatan dengannya.

Seperti yang dilalui oleh seorang penjaga zoo ini yang bertungkus-lumus cuba menenangkan seekor anak panda.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Zoo Negara Malaysia di TikTok, anak panda tersebut dilihat sangat aktif sehingga sukar untuk dikendalikan oleh penjaga zoo.

Malah, mereka dilihat bagaikan sedang ‘bertarung’ di antara satu sama lain.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 1.8 juta tontonan setelah dimuatnaik semalam.

@znmzoonegaramalaysia

Baby Panda vs Zookeeper 🐼 #babypanda💚 #giantpanda #zookeeper #fypp #fypage #foryourpage #zoonegaramalaysia #animallover #zoonegara #panda

♬ original sound – Zoo Negara Malaysia – Zoo Negara Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat panda itu.

panda

panda

Bagi yang belum tahu, panda yang berada di Zoo Negara pada ketika ini dipinjamkan dari China pada tahun 2014.

Imbas kembali, salah seekor daripada panda tersebut dilaporkan telah melahirkan tiga ekor anak pada 2015, 2018 dan 2021.

Salah seekor dari anak panda itu yang dikenali sebagai Nuan Nuan telah dihantar semula ke China kerana perjanjian yang telah dibuat dengan negara itu.

BACA: Liang Liang, Si Panda Dari China Selamat Lahirkan Anak Ketiga Di Zoo Negara

Sumber: Zoo Negara Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.