Siakap Keli

Program Ihya Ramadan 1443H/2022 Masjid Al Hasanah Bersama MAPIM Malaysia

BANGI : 10 April – Sudah dua tahun Malaysia dilanda wabak COVID-19 dan Ramadan  tahun ini merupakan kali ketiga umat Islam berpuasa dalam pandemik. 

Wabak yang melanda menyebabkan ramai terjejas daripada segi pendapatan bagi  meneruskan kehidupan. 

Atas dasar keprihatinan, MAPIM Malaysia telah melancarkan Program Ihya Ramadan  1443H dengan kerjasama pengurusan Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.  

Program Ihya Ramadan yang diadakan di Masjid Al Hasanah, selain bermatlamat  memberi bantuan kepada mereka yang terjejas terutamanya kepada asnaf, ia juga  bertujuan bagi mengimarahkan masjid dan merapatkan hubungan silaturahim antara  MAPIM Malaysia dan golongan asnaf.

’’Alhamdulillah, Ramadan kali ini kami mendapat sokongan dalam menyusun pergerakan  dan persediaan untuk melakukan program Ihya Ramadan demi membantu masyarakat  yang terjejas dari segi kewangan dan tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup  akibat COVID-19. Kami juga telah menyediakan makanan iftar kepada para asnaf, dan  Insya-Allah program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang,” menurut  Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Tuan Zulhanis bin Zainol. 

Program ihya Ramadan akan memanfaatkan keluarga yang terkesan akibat covid  daripada segi bantuan bekalan makanan asas dan keperluan anak-anak mereka. 

Sebanyak 500 pek iftar tajaan Mobile Kitchen MAPIM, akan diagihkan kepada mereka.  Selain itu, MAPIM juga menganjurkan program memasak bubur lambuk dan  mengagihkan sebanyak 2.000 pek bubur lambuk kepada golongan asnaf.  

Dalam melaksanakan program itu, MAPIM Malaysia akan mematuhi kepada Prosedur  Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan serta mewajibkan setiap  petugas menjalani Swab Test sebelum dan selepas program. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.