Siakap Keli

Adik-beradik Balik Beramai Kat Kampung, ‘Tak Seronok’ Kalau Satu Keluarga Je Tanggung Belanja Dapur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan tahun ini sambutan hari Raya pasti lebih seronok, mana tidaknya dapat berkumpul beramai-ramai sesama adik-beradik dan sanak-saudara. Tambahan pula, tahun ini merupakan tahun ‘pertama’ kita dapat beraya di kampung setelah dua tahun tak dapat beraya di kampung.

Dalam keseronokan kita itu, janganlah sampai membebankan orang lain. Sebagai adik-beradik, apa salahnya kalau kita berkongsi perbelanjaan di rumah orang tua kita kan. Janganlah susahkan satu pihak sahaja, mungkin mereka gembira tetapi rasa terbeban.

Sama seperti perkongsian daripada pemilik Facebook Firdaus Shakirini ini, mengajar kita semua supaya jangan takut untuk bersuara pada semua adik-beradik tentang perbelanjaan dapur. Jangan biarkan anda terbeban untuk tanggung semua ini.

Raya ramai-ramai, dapat berkumpul semua adik-beradik memang seronok. Ia akan jadi ‘TAK SERONOK’ kalau balik 5 keluarga, tetapi satu family sahaja yang terpaksa tanggung serba-serbi perbelanjaan dapur untuk semua yang balik beraya di kampung itu. – Firdaus Shakirin

Sekadar Gambar Hiasan

Katanya lagi, benda ini adalah sesuatu yang susah kita nak cakap pada adik-beradik, kita takut mereka akan terasa, takut jadi bermusuh, tapi kita tetap kena cakap.

“Abg Long, kau beli kuih raya. Kak Lang, kau beli bahan-bahan buat lemang, ketupat, rendang. Kak Ngah, kau beli bahan-bahan buat nasi tomato, bihun sup. Abang Cik, kau beli kerepek, maruku…”

Atau…

“Abang, Kakak, Adik, tolong bagi sorang RM100 atau RM200 untuk beli ayam, daging, tulang, ikan, sayur dan kelengkapan dapur dan raya yang lain-lain.”

Bayangkan 5 keluarga setiap satu keluarga ada 4 orang, sudah hampir 20 orang satu rumah. Itu tak campur dengan mak ayah kita, jadi 22 orang. 22 orang sekali makan, bayangkan lauk banyak mana yang kita perlu beli, masak dan hidangkan.

“Modal, bukan biasa, banyak juga yang perlu dikeluarkan. Tambahan pula, kerja biasa sahaja, gaji tak besar mana. Adik beradik yang lain semua kerja hebat, balik naik Alphard, naik Honda, naik motor besar tapi nak keluar duit belanja dapur, beli barang raya KEMUT.”

Tambahnya lagi, adik beradik yang kerja biasa inilah pula yang kena tanggung mereka. Maka daripada selalu makan hati ‘ulam jantung’ baik suarakan. Cuba untuk hantar mesej kepada setiap seorang adik beradik kita untuk minta duit barang. Janganlah tanggung sensorang.

“Kalau awak dah berbelanja berhabisan sebab seronok rasa meriahnya duduk beramai-ramai, nanti tengah bulan mereka ada nak tanya awak, cukup duit ke tak untuk hidup? Takkanlah, hadaplah sensorang, carilah mana yang ada untuk hidup,” ujarnya lagi dalam Facebook miliknya.

Banyak yang alami perkara ini, balik beraya ramai-ramai tetapi rasa terbeban sebab serba serbi kena keluar ‘duit poket’ sendiri.

Sumber: Firdaus Shakirin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang